Real Chukai & PBSMT Lanjerket Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Terengganu Amateur League 2017!

Memasuki fasa separuh akhir, saingan bagi Piala Terengganu Amateur League (Piala TAL) semakin mendebarkan!

Tinggal 4 sahaja pasukan yang berentap bagi merebut peluang untuk mara ke perlawanan akhir yang bakal diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

4 pasukan bertemu dengan Kebilal Markless bertemu dengan pasukan Real Chukai.

Sementara PBSMT Lanjerket bertemu dengan pasukan Pikat FA.

Aksi perlawanan melibatkan Kebilal Markless dan juga Real Chukai nyata menghiburkan. Ia turut ditambah dengan insiden layangan kad merah melibatkan pasukan Kebilal Markless.

Intensiti perlawanan ini bermula cukup garang apabila Real Chukai berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-2 perlawanan menerusi Adhar Husin.

Izzan Syahmi Mustaffa  kemudiannya terus menyukarkan cabaran Kebilal Markless selepas beliau menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-24 untuk meletakkan Real Chukai 2-0 di hadapan.

Para pemain Real Chukai meraikan gol ketika menentang Kebilal Markless. Gambar: TAL

Adhar kemudiannya menjaringkan gol kedua peribadi beliau dan gol ketiga Real Chukai untuk memateri tempat mereka ke perlawanan akhir Piala TAL dengan penyudah tepat pada minit ke-64.

Perlawanan yang serba tidak kena buat Kebilal Markless semakin teruk apabila Shafiq Hashim dilayangkan kad merah pada babak akhir permainan.

Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan PBSMT Lanjerket menentang Pikat FA.

Perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan ini turut menyajikan aksi bola sepak menyerang yang baik dengan kedua-dua pasukan sering melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan masing-masing seawal minit ke-2 perlawanan.

Walaupun begitu, tiada sebarang jaringan dihasilkan pada separuh masa pertama perlawanan.

Gol pemisah kedua-dua pasukan hanya hadir pada separuh masa kedua dan gol itu milik PBSMT Lanjerket!

Detik indah buat PBSMT Lanjerket itu hadir menerusi Hafizan Talib yang menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-58.

Para pemain PBSMT Lanjerket meraikan gol Hafizan Talib. Gambar: TAL

Gol itu sudah cukup untuk memberikan kemenangan buat PBSMT Lanjerket dan mara ke perlawanan akhir Piala TAL menentang Real Chukai.

Perlawanan akhir melibatkan Real Chukai dan juga PBSMT Lanjerket akan diadakan pada 25 November 2017 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Jom meriahkan perlawanan akhir ini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN