‘Sepanyol, Saya Datang’

Zlatan Ibrahmimovic memberitahu peminatnya bahawa beliau sedang menuju ke Sepanyol.

Adakah itu satu petanda bahawa Zlatan akan kembali beraksi di La Liga? Beliau pernah beraksi bersama Barcelona dahulu – 8 tahun yang lalu.

Ibrahimovic, baru sahaja mengesahkan beliau beraksi aksi terakhir dengan La Galaxy dalam perlawanan play off menentang Los Angeles FC di mana LA Galaxy tewas 5-3.

Selepas aksi terakhirnya, Zlatan tetap dengan mulut ‘laser’ beliau menyatakan, tiada siapa yang kisah pasa MLS lagi selepas ini kerana sudah tiada Zlatan Ibrahimovic.

Beliau juga pernah melabelkan dirinya di MLS ibarat sebuah Ferrari yang berada bersama dengan sekumpulan Fiat.

Zlatan Ibrahimovic kemudiannya dikaitkan dengan Napoli, dan juga kepulangan semula ke Manchester United.

Ini selepas Presiden Napoli menyatakan mereka berminat mendapatkan Zlatan Ibrahimovic namun terpaksa akur jika pemain itu meminta gaji di luar kemampuan mereka.

Manchester United pula sedang mencari no.9 selepas pemergian Lukaku. United dikaitkan dengan pemain seperti Mario Mandzukic. Jadi, kenapa tidak Zlatan? Kedua-duanya penyerang veteran dan Zlatan memiliki minit beraksi yang lebih banyak.

Malah Ibrahimovic sendiri tidak menolak kemungkinan akan kembali semula ke Man. United.

Dalam muat naik Zlatan Ibrahimovic menerusi video Instagram beliau, Zlatan berkata: “Hola Espana, cuba teka? Saya akan kembali.”

Jika benar Zlatan kembali semula ke Sepanyol untuk bermain bola sepak, anda rasa kelab mana yang beliau akan sertai?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN