Sepanyol FA Wujudkan Dana €500 Juta Bantu Kelab Hadapi Krisis

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Persatuan Bola Sepak Sepanyol telah mewujudkan dana berjumlah €500 juta yang boleh dipinjamkan untuk membantu kelab bola sepak di negara itu berhadapan dengan krisis kewangan akibat penularan wabak coronavirus.

Bantuan tersebut dikhaskan untuk kelab-kelab di la Liga dan Segunda Division, demi memastikan kelangsungan operasi kelab dan kemampuan mereka membayar gaji.

Badan bola sepak Sepanyol itu turut menyediakan pinjaman berjumlah €4 juta untuk kelab bertaraf amatur selain turut menawarkan khidmat pakar psikolofi dan fisioterapi, dan hotel penginapan skuad kebangsaan untuk membantu kerajaan melawan penularan wabak pembunuh itu.

Presiden kepada Sepanyol FA, Luis Rubiales berkata: “Saya berharap kita boleh kembali kepada norma asal dalam banyak perkara.

“Kita sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak penguasa untuk menyelesaikan masalah ini. Saya hanya boleh mengharapkan dari kalian untuk terus bersatu, berharap, dan teruskan bersama mangsa, pihak berkuasa dan masyarakat secara keseluruhan. Bersama kita akan tewaskan virus ini.”

Bola sepak di Sepanyol kini digantung tanpa ada tarikh khusus untuk dimulakan semula dan jumlah kematian turut meningkat daripada jumlah di negara lain kecuali Itali.

Rubiales menekankan sasaran ialah untuk tetap menamatkan saingan pada musim ini.

“Akan ada banyak suara yang berkata, dan dari mulanya semua berkata untuk mendahulukan kepentingan kesihatan, kemudiannya kita akan menamatkan pertandingan musim ini apabila ianya boleh disambung kembali, sebelum kita menilai bagaimana perjalanan musim akan datang dilakukan.”

Baca artikel lain mengenai Sepanyol dan La Liga: