Seorang Pemain Manchester United Diberi Surat Amaran Kerana Tak Jaga Masa

Manchester United

Aspek disiplin di luar padang perlu menjadi keutamaan buat prospek masa depan Manchester United, Mason Greenwood apabila beliau dilaporkan telah menerima surat amaran daripada kelab tersebut kerana tidak menepati masa.

Hal ini kerana menurut laporan The Guardian, penyerang berusia 19 tahun itu dengan sengaja gagal untuk melaporkan diri dan telah diingatkan mengenai tanggungjawabnya itu.

Ketiadaan namanya dalam skuad ketika Manchester United mencatatkan kemenangan ke atas Newcastle United dan Paris Saint-Germain mungkin memberikan gambaran jelas Greenwood sedang menerima hukuman susulan masalah disiplinnya itu.

Nama Greenwood mula meniti di bibir peminat bola sepak seluruh dunia selepas kecemerlangannya pada musim lalu apabila berjaya meledakkan 17 jaringan dalam semua pertandingan disertai Manchester United.

Sehubungan dengan itu, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mahu Greenwood supaya lebih memberikan fokus terhadap kariernya.

Ini bukanlah kali pertama Greenwood mendapat amaran selepas beliau bersama-sama Phil Foden telah dihantar pulang pada bulan lalu ketika sedang menjalani latihan pusat skuad kebangsaan England apabila mereka berdua telah melanggar peraturan protokol COVID-19 yang ditetapkan oleh FA England.

Greenwood dan Foden ‘didapati bersalah’ kerana membawa perempuan masuk ke bilik penginapan pasukan ketika di Iceland.

Keadaan itu juga telah membuatkan kepercayaan pengurus England, Gareth Southgate terhadap Greenwood dan Foden juga kelihatannya seperti sudah semakin berkurangan.

“Kepercayaan perlu dibina semula dan ianya akan mengambil masa. Seperti yang saya katakan kepada mereka, setiap tindakan pasti akan memberikan kesan,” ujar Southgate mengulas tentang dua pemain muda tersebut.

Kredit featured image: Alex Livesey – Danehouse/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mason Greenwood:

Kepercayaan Gareth Southgate Terhadap Foden & Greenwood Kini Hilang

Mason Greenwood Mohon Maaf Gagal Kawal Nafsu

Rashford Mahu Mason Greenwood Terus Fokus Pamer Kecemerlangan

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply