Senarai Pemain Chelsea Yang Membelot Ke Arsenal, Tetapi Ramai Gagal Beri Impak

Arsenal kini menjadi kelab pilihan utama untuk mendatangkan Tammy Abraham dari Chelsea. Walaupun bergelar penjaring terbanyak The Blues pada musim lalu dengan 12 gol dari 32 penampilan, Abraham sedar ia tidak cukup untuk meyakinkan Thomas Tuchel.

Malah Tuchel dan Chelsea seperti yang kita ketahui kini sedang sibuk memburu penyerang berprofil tinggi seperti Erling Haaland, Robert Lewandowski atau Patrik Schick untuk mengetuai jentera serangan pasukan pada musim hadapan.

Secara kebetulan, Arsenal juga sedang mencari seorang penyerang baharu. Perpindahan pemain dari Chelsea ke Arsenal bukan perkara asing. Bagaimanapun kebanyakkan perpindahan tersebut tidak membuahkan impak seperti yang diharapkan.

Berikut adalah lima dari perpindahan yang pernah berlaku dari Chelsea ke Arsenal, dan anda nilaikan sendiri karier setiap pemain ini.

1. Lassana Diarra

Lassana Diarra tiba di Chelsea pada 2005 selepas meninggalkan Le Havre sebagai bakat berpotensi. Namun persaingan yang sengit menyukarkan Diarra memperolehi tempat dalam kesebelasan utama dan penampilannya hanya dihadkan kepada 31 perlawanan sepanjang tempoh dua musim sebelum dijual kepada Arsenal.

Sepanjang tempoh bersama Arsenal pula, Diarra mendapati diri sukar untuk bersaing dengan Mathieu Flamini. Hanya lima bulan sepelas itu, Diarra dijual ke Portsmouth selepas hanya melakukan 13 penampilan bersama The Gunners.

2. Willian

Willian Arsenal
(Photo by Catherine Ivill/Getty Images )

Selepas gagal mencapai persetujuan untuk kontrak baharu, Willian meninggalkan Chelsea selepas 7 musim bersama. Sepanjang tempoh itu, pemain Brazil tersebut menjaringkan 63 gol dan menghasilkan 62 assist dari 339 penampilan. Beliau turut membantu Chelsea menjuarai dua gelaran Premier League sepanjang berada di Stamford Bridge.

Malangnya Willian gagal memberikan tahap prestasi yang sama selepas menyertai Arsenal. Walaupun diberikan peluang beraksi 37 kali dalam semua pertandingan, Willian hanya berjaya menyumbangkan 1 gol dan 7 assist. Gol tunggal yang dijaringkan oleh Willian pula hanya hadir pada minggu ke-35 saingan Premier League.

3. David Luiz

David Luiz
(Photo by Harriet Lander/Copa/Getty Images)

Walaupun menjadi tunjang kepada benteng Chelsea melalui 50 penampilan pada musim 2018/19, David Luiz dibenarkan menyertai Arsenal pada musim panas 2019 dengan tanda harga £8 juta.

Di Arsenal, Luiz mengekalkan status pemain kesebelasan utama namun kerap kali pemain ini gagal menampilkan corak permainan yang diharapkan. Sepanjang tempoh dua musim bersama Arsenal, Luiz paling diingati kerana tiga blunder mudah, dan 3 layangan kad merah yang diperolehinya.

David Luis akhirnya dilepaskan oleh Arsenal selepas kontrak beliau bersama kelab London itu tamat pada penghujung musim lalu, dan kini bergelar ejen bebas tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana kelab.

4. Petr Cech

Petr Cech
(Photo by James Baylis – AMA/Getty Images)

Sukar bersaing dengan penjaga gol lebih muda seperti Thibaut Courtois, Petr Cech memutuskan untuk meninggalkan Chelsea selepas 11 musim bersama. Sepanjang tempoh itu, Cech tampil dalam 494 perlawanan untuk The Blues dan membantu kelab itu meraih empat gelaran Premier League, dan satu kejuaraan Champions League.

Berbeza dengan tiga nama terdahulu di dalam artikel ini, karier Cech masih dianggap berjaya walaupun tidak semeriah ketika beliau bersama Chelsea. Cech sempat membantu Arsenal meraih 1 trofi Piala FA dan dua Perisai Komuniti.

5. William Gallas

Menjadi pemain utama selama lima musim di Chelsea, William Gallas kemudiannya berhijrah ke Aesenal sebagai sebahagian daripada perjanjian Ashley Cole ke Chelsea.

Bersama The Gunners, William Gallas menjadi pemain pilihan utama dan diangkat sebagai kapten pasukan setahun kemudian.

Tuntuta tidak masuk akal untuk kontrak baharu selepas itu menyebabkan Gallas meninggalkan Arsenal selepas kontrak beliau tamat pada Jun 2010. Beliau meninggalkan Arsenal tanpa sebarang trofi.

Penutup

Apa pendapat anda mengenai Tammy Abraham? Mampukah pemain ini menyerlah bersama Arsenal sekiranya perpindahan tersebut menjadi kenyataan?

Perpindahan terus ke Arsenal di dalam kota yang sama sememangnya menarik buat Abraham. tetapi adakah Arsenal destinasi tepat untuk pemain muda ini terus mengembangkan potensi beliau?

Atau mungkinkah nama Abraham turut akan tersenarai sebagai antara yang gagal seperti antara nama di atas?

 

Baca artikel menarik mengenai bola sepak antarabangsa melalui pautan:

Kelebihan Dan Kekurangan Bintang Baru Arsenal Ben White

Perarakan Skuad Itali Jadi Punca Kes Covid-19 Di Rom Naik Mendadak

Louis Van Gaal Bakal Kembali Kendali Skuad Belanda Sekali Lagi

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN