Senarai Kereta Mewah Dibeli Messi Sejak Beraksi Bersama Barcelona

Kerjasama Semuanya BOLA

Kereta mewah dan bola sepak ibarat aur dengan tebing. Memiliki koleksi kereta mewah sendiri merupakan salah satu hobi pemain bola sepak bintang dunia. Lionel Messi adalah pemain bola sepak yang menerima bayaran paling mewah di dunia.

Pada 2019 sahaja, nilai kekayaan bintang kelahiran Argentina ini dianggarkan sekitar $318 juta.

Maka ia bukan perkara mengejutkan untuk pemain seperti Messi memiliki koleksi kereta mewah yang banyak.

Berikut adalah koleksi terbaru kereta yang dimiliki oleh Lionel Messi sejak beraksi bersama Barcelona:

Ferrari 335 S Spider Scaglietti

Jentera klasik 335 S Spider Scaglietti, juga dikenali sebagai “anjakan kuda 1957”, adalah kereta termahal dan rare dalam koleksi kereta mewah Messi. Kereta berkuasa dan seksi ini dijana oleh enjin 4.0L menggunakan enjin V12, dan berkemampuan untuk mencapai kelajuan sehingga 300 km/h.

Messi membeli Ferrari 335S Spider Scaglietti ini dengan nilai luar biasa mencecah $30 juta!

Koleksi Audi

Messi memiliki pelbagai jenis kereta jenama Audi dan koleksi beliau membuktikan betapa minatnya beliau terhadap jenama kereta dari Jerman ini. Audi adalah salah sebuah penaja Barcelona. Maka tidak hairanlah mengapa pemain-pemain mereka sering kali dilihat memandu kereta jenama ini.

Berikut adalah senarai kereta Audi yang dimiliki oleh Messi dan harga semasa setiap daripadanya:

Audi RS6: $108,000.
Audi A7: $69,200.
Audi Q7: $54,590.

Pagani Zonda Tricolore

Pagani Tricolore pula disifatkan kereta paling eksotik di dalam simpanan Messi. Jentera seksi ini adalah salah sebuah kenderaan paling pantas, selain daripada harganya yang juga merupakan yang termahal dunia

Pagani Zonda Tricolore dijana oleh enjin 7.3L V12 dan mempunyai transmisi 6 kelajuan automatik.

Messi dikhabarkan membayar $2 juta untuk bergelar pemilik kereta ini.

Mercedes SLS AMG

Juga merupakan salah satu model eksotik dalam simpanan Lionel Messi, Mercedes SLS AMG adalah sebuah kereta yang menampilkan ciri-ciri sporty dan penuh dengan kelas. Ia sudah pasti sangat mahal, tetapi untuk seorang pemain bola sepak terbaik dunia, harganya mungkin biasa-biasa saja.

Kereta tersebut dilaporkan berharga $642,490 dan memiliki enjin 6.2 DOHC V8 yang cukup untuk menampilkan kuasa sebuah jentera berprestasi tinggi.

Maserati Gran Turismo MC Stradale

Messi juga dikatakan memiliki beberapa buah koleksi Gran Turismo dan MC Stardale adalah salah sebuah daripadanya. Kereta yang dimiliki oleh Messi ini memberikan pengalaman pemanduan yang berbeza kerana ia menggunakan transmisi manual secara robotik.

Maserati Gran Turismo MC Stradale menggunakan enjin 4.7-litre V8, dan Messi dikatakan membeli kereta ini pada harga $242,100.

Ferrari F430 Spyder

Juga merupakan kereta eksotik termahal milik Messi. Kereta ini dikuasakan oleh enjin 4.3L Ferrari F136 E V8 dan mampu menghasilkan 503 kuasa kuda.

Lionel Mess membeli Ferrari F430 Spyder ini pada harga $164,490. Model ini adalah antara kereta terbaik yang berada di dalam koleksi Messi.

Koleksi Range Rover

Selain dari kereta yang disifatkan eksotik, Messi juga menggilai koleksi kereta mewah dan mahal. Range Rover adalah antara koleksi mewah milik Messi, dan jenama ini merupakan pembuat SUV termahal dunia. Messi memiliki beberapa buah model Range Rover sebagai koleksi.

Range Rover Vogue: $200,000.
Range Rover Sport: $69,500.

Kenderaan ini dipandu oleh Messi untuk kegunaan seharian, terutama untuk menjalani latihan di Nou Camp. Seperti kita semua tahun, Range Rover juga sesuai untuk digunakan di laluan off-roads.

Cadillac Escalade

Cadillac Escalade adalah kereta biasa yang terdapat di pasaran Amerika Syarikat. Ia adalah salah satu kerta termurah di pasaran tetapi amat sesuai untuk mereka yang memiliki keluarga yang besar. Cadillac Escalade boleh memuatkan sehingga 8 penumpang pada satu-satu masa.

Nilai keseluruhan kereta milik Messi

Semua kereta milik Lionel Messi dikatakan bernilai sekitar $50 juta. Ia adalah nilai yang gila jika diukur pada tahap kemampuan seorang mahraen. Namun itulah bezanya apabila anda bergelar pemain bola sepak yang menerima pendapatan tertinggi di dunia.

Senarai sports cars milik Messi:

Ferrari 335 S Spider Scaglietti.
Pagani Zonda Tricolore.
Mercedes SLS AMG.
Maserati Gran Turismo MC Stradale.
Ferarri F430 Spyder.
Audi R8 Spyder.

Senarai kereta paling mahal dimiliki Messi

Ferrari 335 S Spider Scaglietti: $37 juta
Pagani Zonda Tricolore: $2 juta
Mercedes SLS AMG: $642,490

Tiada kereta Bugatti di dalam senarai?

Seperti mana Perodua Myvi, Lionel Messi juga tidak memiliki sebarang kereta mewah jenis Bugatti. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa. Jawapannya ialah kami pun tidak tahu.

Tetapi dengan kekakayaan Messi, sudah tentu beliau boleh sahaja memiliki sebuah Bugatti, atau Perodua Myvi, Proton X70, Proton X50, atau pun Honda CR-V pada masa depan.

Dari Cadillac biasa-biasa sehingga kereta bernilai $30 juta, ini bukti Messi membeli kereta mengikut kemampuan dan keperluan dan bukan nafsu semata-mata nak bergaya.

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola)

Baca artikel menarik yang lain mengenai Messi melalui pautan di bawah:

4 Perkara Di Sebalik Pendedahan ‘Penuh Kontroversi’ Kontrak Messi Oleh El Mundo

3 Sebab Man City Patut Batalkan Saja Niat Tandatangani Lionel Messi

Hanya Ada 2 Pemain Bukan Argentina Yang Messi Sendiri Minta Tukar Jersi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

One Comment

Leave a Reply