Senarai 10 Pemain Gantian Tertinggi Di Liga Super 2021, Menurut OptaJ

Pemain gantian sebenarnya ada peranan mereka yang tersendiri, bukan hanya sekadar dimasukkan untuk bermain. Siapa 10 pemain yang paling banyak digunakan sebagai pemain gantian di Liga Super 2021?

Adakalanya mereka dimasukkan untuk mengubah struktur permainan pasukan dan ada juga untuk mengukuhkan sesetengah posisi. Tidak dinafikan ada yang menggunakannya untuk melengahkan permainan.

Walau apa juga alasan yang digunakan, pertukaran pemain sangat penting untuk semua pasukan. Menang, seri atau kalah sesebuah pasukan boleh ditentukan menerusi penggunaan tepat pertukaran pemain.

Sebagai contoh, Kedah Darul Aman FC, pengendalinya, Aidil Sharin Sahak gemar untuk memasukkan pemain gantian untuk merancakkan posisi di sebelah sayapnya dengan kemasukkan pemain-pemain sayap yang laju.

Azamuddin Akil dan Fayadh Zulkifli adalah antara pemain yang akan digunakan olehnya untuk menekan pihak lawan di penghujung perlawanan. Selain itu, pengendali Penang FC, Tomas Trucha juga mengakui perubahan taktikalnya dengan menggunakan pemain gantian ketika menewaskan Melaka United di hujung aksi.

Percaturan ‘One Side’ Tomas Trucha, Ambil Risiko Tekan Sebelah Kiri Melaka

Ketika menjelaskan tentang perlawanan itu, Tomas Trucha berkata, “Kita tahu Sheriddin [Boboev] mampu meledak gol, jadi kami letaknya di sebelah kanan. Kami ambil risiko di sebelah kanan dan lebih defensif di sebelah kiri. Kami tahu Sony Norde tidak turun bertahan, jadi kami letakkan Sheriddin di sebelah kanan.”

Ia dilakukannya ketika aksi terikat 1-1 dan pertukaran dibuat pada minit ke-75 dengan memasukkan Sheriddin Boboev dan Azmeer Aris. Hasilnya, pemain skuad kebangsaan Tajikistan itu meledak gol kemenangan.

Selain itu, contoh lain adalah di saingan Piala Malaysia 2016 yang mana pengendali Kelantan ketika itu, Velizar Popov memasukkan bintang muda, Faris Shah dan dua penyerang, Manaf Mamat serta Wan Zack Haikal.

Ketinggalan 1-3 kepada Selangor, Kelantan bangkit di babak kedua selepas kemasukkan pemain-pemain itu dengan Manaf Mamat dan Wan Zack Haikal mencetak gol untuk The Red Warrior mengikat Selangor 3-3.

Pemain gantian yang berjaya merubah kedudukan pasukannya dalam padang pula digelar sebagai ‘supersub’. Dan menurut ‘pakar supersub’ di era 1970-an, David Fairclough, ia adalah seni, bukan semata-mata nasib.

Ia adalah sesuatu yang mengecewakan bagi setiap pemain untuk hanya sekadar memanaskan bangku simpanan. Namun, sekiranya pemain tersebut diturunkan dan berjaya membantu pasukannya, segalanya berubah. Statusnya akan bertukar sebagai ‘supersub’ dan akan dikenang oleh para penyokong sentiasa.

Antara pemain yang boleh dikategorikan sebagai ‘supersub’ di Malaysia adalah Rusdi Suparman, Liew Kit Kong dan Affendi Julaihi. Rusdi senantiasa diingati oleh penyokong Selangor sebagai ‘supersub’ yang paling berkesan di era 90-an. Kedah pula memiliki Che Zambil Ahmad sebelum beliau menjadi pemain utama.

Siapakah pemain yang menjadi pemain gantian tertinggi di Liga Super musim ini? Dan siapa di kalangan mereka adalah ‘supersub’? Berikut adalah senarai yang dikeluarkan oleh OptaJ pada 30 Ogos lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN