Semua Perlawanan Yang Berlangsung Di Stadium Negeri Batu Kawan Ditangguhkan

Gara-gara kerana masalah teknikal yang membabitkan lampu limpah, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) akan membuat permohonan rasmi kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MLF) untuk menangguhkan perlawanan membabitkan pasukan itu di Stadium Negeri, Batu Kawan dalam masa terdekat.

Naib Presidennya, Mohd. Azizudin Mohd. Shariff berkata kepada Utusan Malaysia, pihaknya telah menerima maklumat rasmi bahawa stadium berkenaan tidak dapat digunakan untuk penganjuran perlawanan pada waktu malam ekoran masalah teknikal.

Hal ini kerana masalah berkenaan membabitkan pencahayaan lampu limpah yang tidak memenuhi piawaian pertandingan.

“FAP terpaksa memohon untuk menunda perlawanan Pulau Pinang dengan Felcra FC pada 26 Mei serta perlawanan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dijadualkan pada 25 Jun,” katanya.

PERLAWANAN LP14 PULAU PINANG MENENTANG FELCRA FC DITUNDA——————Berikutan isu lampu limpah yang terjadi semalam di…

Posted by Malaysian Football League on Thursday, May 24, 2018

Kelmarin perlawanan Liga Super membabitkan PKNP FC dengan Selangor yang dijadualkan bermula pada pukul 10 malam di stadium berkenaan terpaksa dibatalkan akibat masalah lampu limpah yang mula dikesan pada pukul 8.45 malam.

Menurut sumber, masalah lampu limpah di stadium berkenaan mengambil masa sebulan untuk diselesaikan sekaligus menjejaskan jadual yang ditetapkan oleh penganjur sebelum ini.

Stadium berkenaan yang siap pada 2000 dan mempunyai kapasiti 50,000 penonton dikongsi oleh Pulau Pinang dan PKNP yang masing-masing bersaing dalam Liga Super dan Liga Perdana musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram