Semua Orang Nak Jack Grealish Main Selepas Dia Punca Liverpool Kalah

Jack Grealish

Penjaring gol kemenangan England ketika membenam cabaran Belgium 2-1 dalam saingan UEFA Nations League 2020 tempoh hari, Mason Mount percaya bahawa beliau boleh untuk berganding dengan baik bersama Jack Grealish di jentera tengah skuad The Three Lions itu.

Pemain muda kelahiran Portsmouth itu berjaya menjaringkan gol sulung pada tahun ini di pentas antarabangsa selepas percubaannya dalam kawasan penalti Belgium membias terkena kaki Toby Alderweireld lalu menewaskan Simon Mignolet.

Sementara itu, Grealish yang membuat penampilan kedua bersama skuad England beraksi cemerlang ketika membantu skuad bimbingan Gareth Southgate itu menumpaskan Wales 3-0 pada perlawanan persahabatan di Wembley.

Ketua pasukan Aston Villa itu turut mencipta bantuan jaringan terhadap gol pembukaan yang dihasilkan Dominic Calvert-Lewin pada minit ke-26.

Pemain berusia 25 tahun itu juga sebelum ini telah mencuri tumpuan dunia ketika membantu Villa membelasah Liverpool 7-2 hasil dua jaringan dan tiga bantuan dijelmakannya pada perlawanan tersebut.

Tidak keterlaluan juga untuk memperkatakan bahawa kualiti hebat ada padanya menjadi tunjang kepada kejutan yang langsung tidak disangka-sangka tersebut.

Sehubungan dengan itu, Mount memikirkan mungkin ada peluang buat kedua-dua mereka untuk bergandingan pada perlawanan bertemu Denmark, awal pagi esok di gelanggang keramat buat England.

”Saya suka menontonnya [Grealish] beraksi. Dia pemain yang cemerlang. Jelas kita semua tahu apa yang dia boleh lakukan, betapa hebat permainannya.”

”Saya bermain dengan baik bersamanya. Dia merupakan seorang pemain yang cemerlang dan ya, kami sentiasa mahu untuk beraksi bersama-sama,” ujar Mount menurut laporan Sky Sports.

”Kami mempunyai sekumpulan pemain yang kuat dengan ramai pemain yang ternama. Anda akan sentiasa mahu untuk bermain dengan yang terbaik.”

”Ini sangat bermakna untuk pergi [ke padang] dan beraksi dengan pemain seperti Jack dan pemain ternama yang lain berada dalam kumpulan ini.”

Kredit featured image: Chloe Knott – Danehouse/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jack Grealish:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN