Semua 6 Kelab EPL Tarik Diri Dari ESL, Dituntut Mohon Maaf Pada Penyokong

EPL ESL

Selepas mendapat bantahan keras dari penyokong sendiri, semua enam kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang terlibat dengan penubuhan European Super League (ESL) telah membuat keputusan untuk menarik diri dari ‘kejohanan haram’ tersebut.

Manchester City menjadi pasukan pertama yang mengambil keputusan tersebut disusuli oleh Chelsea. Kemudian empat pasukan lain Arsenal, Liverpool, Manchester United dan Tottenham Hotspur juga mengikut jejak yang sama.

Manchester United mengatakan mereka mendengar sebaiknya reaksi dari penyokong, kerajaan United Kingdom (UK) dan juga pemegang taruh yang lain untuk mengambil keputusan tidak meneruskan penyertaan mereka.

Arsenal pula telah membuat surat terbuka bagi meminta maaf kepada para penyokongnya dengan mengatakan mereka telah membuat kesilapan dan penarikan diri dari kejohanan tersebut adalah tanda mereka mendengar suara hati komuniti bola sepak.

Pengerusi Tottenham, Daniel Levy juga mengakui pihaknya menyesali keputusan yang diambil, sementara Chelsea pula mengesahkan pihaknya sudah memulakan prosedur untuk menarik dari dari kumpulan tersebut setelah hampir 1,000 orang penyokongnya berarak membuat bantahan.

Presiden UEFA, Aleksander Caferin dalam kenyataannya yang terbaharu mengalu-alukan tindakan semua kelab EPL yang membuat pusingan-u itu dan berharap semua kelab terbabit dapat kembali membina semangat kebersamaan.

Keadaan ini menuntut semua pemilik kelab supaya lebih berhati-hati untuk mengambil sebarang tindakan pada masa hadapan kerana mereka perlu menyedari ‘kuasa penyokong’.

Rata-rata pemain bagi enam kelab ini juga sebenarnya tidak bersetuju pasukan mereka mengambil bahagian dalam liga tersebut dan mula bersuara di media sosial masing-masing.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai European Super League:

Bertentangan Dengan Sejarah, Tradisi & Budaya, Hanya ‘Penyokong Plastik’ Setuju Dengan ESL

5 Sebab Kenapa ESL Dibantah Keras Peminat Bola Sepak

Ini Sebab Sebenar Kelab Perancis & Jerman Enggan Anggotai ESL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN