Semangat Chiellini, Terus Mahu Berada Di ‘Bench’

Ketika aksi menentang Napoli tempoh hari, Giorgio Chiellini berada di bangku simpanan pasukan, walaupun beliau tidak dapat bermain.

Sebaik sahaja tamat perlawanan, beliau masuk ke padang meraikan kemenangan. Dan pada masa yang sama beliau memberikan sokongan kepada Kalidou Koulibaly yang terjaring gol ke gawang sendiri pada masa kecederaan.

Chiellini menggunakan tongkat untuk masuk ke padang, dengan kakinya berpendakap.

Football Italia bertanya kepada beliau, kenapa beliau berbuat demikian. Sedangkan beliau cedera ACL, dan biasanya pemain akan berada di rumah untuk berehat.

Chiellini berkata, beliau akan terus mahu berada di bangku simpanan bersama pemain-pemain lain, walaupun dalam tempoh beliau tidak dapat beraksi.

Itu adalah komitmen peribadi beliau, dan tiada kaitan dengan arahan sesiapa termasuk kelab. Chiellini berkata, beliau mahu berada di bangku simpanan untuk membantu apa yang beliau mampu.

Bagi peminat Juventus, kehadiran pemain seperti Chiellini di dalam pasukan, walaupun tidak beraksi pada hari perlawanan, akan memberikan aura penting.

Chiellini menjelaskan, beliau akan cuba berada di bangku simpanan setiap kali perlawanan, kecualilah masa, pada hari tersebut beliau perlu menjalani rawatan dan ada perkara lain yang berkaitan.

Chiellini sudah menyusun jadual beliau, dan berbincang dengan pakar fisioterapi kelab serta doktor pasukan untuk perkara itu.

Jika ada arahan daripada petugas perubatan, melarang beliau untuk hadir ke stadium, barulah beliau tidak akan berbuat demikian.

Penyokong Juventus terharu dengan komitmen dan sikap kepimpian Chiellini. Dan mereka menganggap, tidak menjangka sama sekali kapten itu akan bertindak sedemikian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN