Selesa Mendahului, Simeone Belum Mahu Bermimpi Menang La Liga

Diego Simeone

Walaupun sedang dibuai angan-angan yang cukup indah mampu untuk menjulang La Liga buat kali kedua sebagai pengurus, Diego Simeone tidak mahu ianya membayangi realiti yang berlaku sekarang.

Ketika ini, Atletico Madrid selesa mendahului La Liga dengan tujuh mata dihadapan Real Madrid. Walaupun nampak baik, Simeone tidak mahu terlalu selesa kerana masih lagi banyak perlawanan perlu diharungi.

“Apa yang terbaik buat masa ini adalah fokus dari satu ke satu perlawanan sahaja.”

“Kami hanya memikirkan aksi seterusnya menentang Cadiz dan memperbaik prestasi kami dalam setiap sesi latihan,” kata Simeone menerusi Football Espana.

Simeone jelas sekali tidak berpuas hati dalam persembahan skuadnya menentang Valencia tempoh hari terutamanya pada separuh masa pertama walaupun Joao Felix menjaringkan gol penyamaan selepas ditinggalkan menerusi jaringan Uros Racic.

Namun, peningkatan prestasi pada separuh masa kedua membuatkan mereka berjaya meraih kemenangan hasil jaringan tambahan oleh Luis Suarez dan Angel Correa.

Kini mempunyai kelebihan satu perlawanan, Atletico mempunyai potensi untuk menjarakkan diri daripada Real dengan 10 mata.

Jika ianya berjaya dilakukan, pastinya satu tangan sudah berada dalam genggaman trofi La Liga buat Atletico. Jadi, nasib mereka adalah ditangan mereka sendiri.

Baca juga artikel kami mengenai Diego Simeone:

Simeone: Apalah Guna Singkirkan Liverpool Kalau Kalah Dengan Leipzig (semuanyabola.com)

Diego Simeone: Spekulasi Jan Oblak Ke Chelsea Tidak Memeranjatkan (semuanyabola.com)

Gary Neville: “Saya Seperti Diseksa Oleh Diego Simeone” (semuanyabola.com)

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

One Comment

  • Sekarang ni memang power dan konsisten lah atletico… tapi baru half season ni. Masuk two third nanti baru boleh tengok and predict sapa yg high chance nak menang la liga

Leave a Reply