Selepas Sabah FC, Kurniawan Calon Pilihan Ganti Mario Gomez Di Borneo FC

Bekas pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto kini dikaitkan dengan kelab Liga 1 Indonesia, Borneo FC untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mario Gomez.

Gomez yang pernah bergelar Ketua Jurulatih JDT dan membawa pasukan dari selatan tanah air itu muncul juara Piala AFC pada 2015 meninggalkan posisi beliau di kelab yang berpengkalan di Kalimantan itu secara mengejut baru-baru ini.

Mario Gomez dan Borneo FC berpisah

Berita pengesahan Mario Gomez tidak lagi bersama Borneo FC disahkan oleh kelab itu sendiri melalui media sosial semalam, hanya selepas dua perlawanan Liga 1 Indonesia berlangsung pada musim 2021/22.

Mario Gomez bersama dua pembantu beliau, iaitu Jorge Rodrigues dan Marcos Gonzales mengejutkan Borneo FC apabila mengumumkan perletakan jawatan serta merta di hadapan pemain dan staff yang lain.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan punca perletakkan jawatan tersebut, namun pihak Borneo FC berpendapat tindakan tersebut merugikan kelab kerana ia berlaku ketika saingan liga sudah pun bermula.

Pengendali dari Argentina itu dilaporkan masih memiliki kontrak bersama Borneo FC sehingga Disember tahun ini.

Kurniawan calon utama?

Beberapa media di Indonesia turut melaporkan bekas pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto sebagai pilihan utama untuk menggantikan Gomez di Borneo FC dalam masa terdekat.

Kurniawan dipecat oleh Sabah FC pada penghujung Ogos lalu selepas prestasi tidak menentu Sabah FC di saingan Liga Super.

Kedudukan beliau di Sabah FC selepas itu bakal diisi oleh Datuk Ong Kim Swee, yang sebelum ini menggalas tanggungjawab selaku Pengarah Teknikal bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kurniawan Dwi Yulianto Sabah FC KL City 2021
FOTO: SABAH FC

Kurniawan juga bukanlah watak yang asing di Borneo FC kerana pernah bergelar pembantu jurulatih bersama kelab tersebut pada 2018.

Dengan pengalaman di Malaysia selama hampir dua musim dan lesen kejurulatihan AFC Pro yang disyaratkan di Liga 1, Kurniawan Dwi Yulianto dilihat sebagai calon paling layak bagi Borneo FC.

Simon McMenemy, bekas pengendali skuad kebangsaan Indonesia.

Bekas bintang skuad Garuda itu juga dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Ketua Pegawai Operasi (COO) Borneo FC, Ponaryo Astaman.

Calon lain yang turut dikaitkan dengan kekosongan ketua jurulatih Borneo FC adalah bekas pengendali skuad kebangsaan Indonesia, Simon McMenemy dan jurulatih dari Brazil, Gomes de Oliviera yang sememangnya kaya dengan pengalaman di Liga 1 Indonesia.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply