Selepas Robben, Giliran Franck Ribery Ucap Selamat Tinggal Kepada Bayern Munich

Franck Ribery tidak akan menyambung kontrak beliau dengan pasukan gergasi Bayern Munich. Keputusan itu diambil selepas musim lalu Arjen Robben umumkan perkara yang sama.

Franck Ribery menyertai Bayern Munich dari Olympique Marseille pada 2007. Beliau menjadi nadi penting Bayern Munich dalam menempa kejayaan termasuk UCL.

Ribery menyatakan beliau telah menikmati karier 12 tahun yang sangat indah. Dalam kenyataannya Ribery berkata: “Ketika saya mula menyertai kelab ini ianya seperti impian menjadi kenyataan.”

“Banyak kenangan indah saya bersama pasukan ini. Saya sudah memenangi banyak piala di sini rasanya Lebih daripada 20. Itu sudah cukup untuk menggambarkan bahawa ini bukan satu keputusan yang mudah untuk saya ambil.”

Setakat ini legenda Bayern Munich sudah bermain 142 perlawanan dengan meledak 123 gol serta 183 bantuan gol.

Bayern Munich dalam kenyataan mereka menyatakan mereka akan mengadakan satu majlis perpisahan khas untuk dua pemain sayap lagenda mereka Franck Ribery dan Arjen Robben.

“Franck dan Arjen adalah pemain yang hebat. Bayern mengucapkan terima kasih banyak kepada kedua-dua mereka. Kami akan memberikan mereka perpisahan yang hebat dan emosi. Mereka membantu membentuk dekad Bayern yang paling berjaya dengan bola sepak yang hebat,” kata CEO Bayern, Karl-Heinz Rummenigge.

Kedua-dua mereka akan menjadi agen bebas selepas ini. Berdasarkan prestasi, kedua-dua pemain pastinya masih boleh bermain di peringkat tertinggi.

Buat masa ini mereka masih belum memberikan bayangan kepada fasa seterusnya dalam karya mereka selepas Bayern Munich.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram