Selepas PSG, Kini Bayern Munich Pula Mahu Pochettino Gantikan Heynckess

Beberapa minggu lalu, sumber di Perancis memberitahu yang PSG dalam proses untuk mencari pengganti Unai Emery. Pengendali dari Sepanyol itu mungkin tidak akan disambung kontrak di PSG selepas ini.

Pochettino menjadi pengurus yang dikehendaki banyak kelab besar termasuk Real Madrid kerana falsafah bola sepak yang beliau miliki.

Namun pengendali Spurs itu buat masa ini lebih fokus kepada projek baru di Tottenham yang selepas ini akan bermain di stadium baru mereka.

Pochettino berjaya menguruskan pasukan Spurs yang mengamalkan polisi gaji siling kerana mahu berjimat untuk pembinaan stadium baru.

Beliau berjaya memastikan ramai pemain utama gembira dengan mood yang ada di dalam pasukan. PSG sudah mengumumkan pelan baru mereka yang akan fokus kepada pembangunan pemain muda dan mengurangkan perbelanjaan dalam bursa perpindahan.

PSG sudah bosan menjadi perhatian juruaudit Financial Fair Play UEFA setiap kali jendela perpindahan.

Jadi, Pochettino adalah pilihan utama untuk mengisi kriteria itu. Baru-baru ini, Dietmar Hamman mendedahkan yang Bayern Munich juga menyenaraikan bos Spurs itu dalam ‘recruitment’ mereka.

Hamman memberitahu yang Bayern Munich sudah menghubungi Pochettino untuk potensi beliau menggantikan Jupp Heynckess selepas ini.

MUNICH, GERMANY – FEBRUARY 19: Jupp Heynckes, head coach of FC Bayern Muenchen talks to the media during a press conference ahead the Campions League match between FC Bayern Muenchen and Besiktas Istanbul at Allianz Arena on February 19, 2018 in Munich, Germany. (Photo by Jan Hetfleisch/Bongarts/Getty Images)

Bayern tidak pasti Jupp Heynckess akan kekal berapa lama di Allianz Arena. Ini kerana status semasa pengurus itu adalah interim. Beliau keluar daripada persaraan untuk membantu Bayern yang bergelut dengan prestasi.

Ini selepas beberapa pemain menentang Ancelotti. Hamman memberitahu Sky Sports:

“Saya tahu yang Bayern sudah menghubungi Pochettino. Beliau adalah pilihan utama mereka menggantikan Jupp Heynckess.”

“Ramai orang menyatakan yang Bayern Munich mengutamakan orang Jerman. Sebenarnya pemilihan ini lebih kepada megambil kira pelbagai kepentingan lain.”

“Sebelum ini ketika Guardiola dilantik pun ramai orang cakap yang beliau bukan pilihan terbaik. Tetapi pemilihan adalah berdasarkan siapa yang terbaik bukannya berdasarkan kewarganegaraan.”

“Buat masa ini, saya setuju yang Pochettino adalah pilihan terbaik. Dan saya yakin ada beberapa calon lain yang terbaik. Pochettino bukan satu-satunya calon mereka.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN