Selepas Miliki Kelantan, Norizam Tukiman Kini Jadi Presiden PSPS Riau

norizam tukiman

Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham kini telah memiliki sebuah lagi pasukan iaitu PSPS Riau.

Ianya telah disahkan menerusi satu majlis khas yang menyaksikan Norizam kini diangkat sebagai presiden baharu kelab tersebut.

Ketibaan Norizam sebagai presiden baharu kelab pastinya disambut baik kerana ketika ini dikhabarkan PSPS Riau sedang mengalami masalah kewangan.

Situasi ini dilihat sama ketika beliau menjadi pemilik Kelantan. Sewaktu baru menjadi pemilik The Red Warriors, pasukan tersebut mempunyai jumlah hutang yang tinggi dan kini masih ada isu tunggakan gaji dengan bekas pemain.

Kini, Riau juga telah dikenali sebagai The Riau Warriors dan nama tersebut mirip gelaran pasukan Kelantan iaitu The Red Warriors.

Norizam menyaksikan ada potensi yang besar untuk memajukan PSPS Riau dan kerana itu beliau memajukan pasukan itu dalam satu bumbung TRW yang sama.

“Industri bola sepak Indonesia akan maju sama seperti ekonominya pada 2024.”

“Dengan izin Allah, kerana itulah saya labur sekarang. Kita bina Kelantan dan PSPS Riau dalam bumbung TRW.”

Tambah beliau lagi, tarikan utama Norizam kepada kelab itu adalah penyokongnya.

“Saya sayang penyokong PSPS Riau sama seperti saya sayang penyokong Kelantan. Pada mereka ini adalah maruah.”

PSPS Riau yang merupakan kelab Indonesia yang beraksi di Liga 2 Indonesia dan mengikut laman Transfermarkt, pasukan ini tidak mempunyai sebarang pemain import dalam skuad mereka.

Pemain Terengganu, Makan Konate merupakan bekas pemain kelab ini pada 2013 sewaktu ianya dikenali sebagai PSPS Pekanbaru.

Baca juga artikel kami mengenai Norizam Tukiman dan Kelantan:

ZamSaham ‘Serang’, FAM ‘Counter’ Dengan Rakaman Temu Bual

Perjalanan 58 Hari ZamSaham Ubah Landskap Bola Sepak Kelantan

5 Perkara Menarik Tentang Pembelian Saham TRW Oleh ZamSaham

Leave a Reply