Selepas Liridon, Giliran Pogba Pula Selfie Bersama Ronaldinho

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba baru-baru ini sempat berjumpa dan berswafoto dengan legenda bola sepak Brazil dan Barcelona, Ronaldinho.

Pogba yang dianggap sebagai salah seorang bintang di Euro 2020 adalah sebahagian daripada anggota skuad Perancis yang dikejutkan oleh Switzerland di pusingan 16 pasukan terbaik kejohanan tersebut.

Selepas kecewa dengan kempen Perancis di kejohanan tersebut, Pogba pernah dilihat bercuti bersama-sama bekas rakan sepasukan di Juventus, Paulo Dybala sebelum dilihat bersama-sama Ronaldinho di Florida.

Salah satu video menunjukkan Pogba dan Ronaldinho sedang menikmati masa berparti bersama-sama. Malah Pogba sempat berselfie dengan leganda No.10 Brazil itu.

Ini bukan kali pertama Ronaldinho diajak berselfie oleh pemain bola sepak. Pada awal Jun lalu, pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi turut merakamkan swafoto bersama bintang Brazil itu ketika berada di Dubai.

Pertemuan kedua-duanya adalah sebelum kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di UAE yang berakhir dengan kekecewaan buat skuad Harimau Malaya.

“Saya tidak percaya pada mulanya. Ronaldinho adalah sebab saya mula bermain bola sepak. Dia adalah idola saya,” kata Liridon.

“Saya sedang berada di pantai apabila saya ternampak dia. Dia sedang berjalan, dan saya berkata kepada diri saya sendiri, itu adalah Ronaldinho.

“Saya berkara kepada diri sendiri ‘Benar, itu adalah dia’. Ronaldinho kemudian pergi ke kawasan persendirian dan dikelilingi oleh ramai pengawal keselamatan.

“Saya mahu berjumpa dengan dia, dan saya bertuah. Saya mengenali pengurus kelab di pantai. Jadi saya bertanya jika dapat berjumpa dengan Ronaldinho. Dia bersetuju untuk berjumpa dengan saya.

“Kami mulai berbual dan saya berkongsi betapa saya sangat idolakan beliau dan dia sama seperti yang anda dapat bayangkan sebelum ini.

Pemain tengah Harimau Malaya itu sempat memuatnaik satu video berdurasi 30 saat bersama Ronaldinho di Instagram.

Di dalam video itu, Ronaldinho sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada Malaysia.

Selain pernah berswafoto dengan Ronaldinho, Liridon juga memiliki peranan yang hampir sama dari segi taktikal di dalam padang.

Kedua-duanya mampu beraksi sebagai pemain tengah bertahan, atau pun sebagai pemain tengah menyerang mengikut keperluan dan percaturan jurulatih masing-masing.

Baca artikel menarik lain mengenai Ronaldinho:

Kisah Ronaldinho Tertidur Dalam Kereta Sebelum Jaring 5 Gol Belasah Skuad Legenda Crespo & Scholes

Ronaldinho Diraikan Oleh Banduan Sempena Hari Kelahiran Ke-40

Hleb Dedah Barcelona Jual Ronaldinho & Deco Kerana Selalu Mabuk

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN