Selepas Kelantan, Barcelona Turut Rancang Potong Gaji Pemain

Barcelona akan memutuskan pada minggu hadapan sama ada akan mengambil langkah memotong gaji sebahagian pemain skuad utama selepas menerima tempias kewangan akibat penularan wabak coronavirus, lapor ESPN.

Sumber kepada ESPN turut mendedahkan pemain kelab tersebut turut sedar terdapat perbincangan untuk melakukan pemotongan gaji mereka, namun langkah itu dipercayai perlu mendapatkan lampu hijau daripada pemain terlebih dahulu sebelum boleh dilaksanakan.

Melalui pertemuan yang diadakan melalui panggilan video pada Jumaat lalu, Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu telah menjelaskan situasi kewangan semasa kepada ahli lembaga pengara yang lain.

Bartomeu menyifatkan kedudukan kewangan kelab tersebut sebagai ‘sukar’ namun masih boleh diselamatkan jika beberapa langkah diambil untuk memulihkannya.

Sehingga kini kelab dari Catalan itu tidak bercadang memecat mana-mana pihak tetapi disebabkan tidak menjana pendapatan akibat pergantungan La Liga, pemain berkemungkinan terpaksa berkorban dengan pemotongan gaji.

Menurut Global Sports Salary Survey, Barcelona adalah pasukan pertama di dunia yang pemainnya mempunyai purata pendapatan melebihi €11 juta setahun.

Sumber kepada ESPN juga berkata setakat ini pemain Barcelona turut berhubung rapat dengan kesatuan yang mewakili pemain bola sepak profesional di Sepanyol (AFE) dalam usaha untuk mencari jawapan kepada perkara meragukan berkaitan pemotongan gaji.

Ahh sudoh. Parok la wehhh!

Posted by Semuanya BOLA on Friday, 20 March 2020

Bartomeu pula kini sedang berunding dengan Persatuan Kelab Eropah (ECA) dan juga UEFA mengenai cara untuk menangani implikasi kewanngan terhadap kelab bola sepak akibat coronavirus.

Sebelum kisah mengenai Barcelona ini disiarkan, Kelantan menjadi pasukan pertama dari saingan Liga Malaysia yang merancang melakukan pemotongan gaji pemain disebabkan impak kewangan akibat coronavirus.

Baca artikel lain mengenai Barcelona:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram