Selepas Hantar ‘Spy’, Taktikal Malaysia Dalam Poket Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Staf kejurulatihan Indonesia dilapor telah menghantar mata-mata untuk memerhatikan corak permainan Malaysia ketika aksi menentang Thailand – pada kelayakan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022.

Mereka memanfaatkan peluang sepenuhnya untuk melihat corak permainan Malaysia, yang selepas ini akan menjamu Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Salah seorang daripada staf kejurulatihan Indonesia iaitu Yeyen Tumena menyatakan, peluang untuk memerhatikan aksi Malaysia di Bukit Jalil akan digunakan bagi mempersiapkan pasukan Indonesia.

Malaysia menang 2-1 ke atas Thailand dalam aksi pada Khamis lalu.

Yeyen Tumena berkata kepada laman rasmi PSSI: “Sudah pastinya kami boleh melihat taktikal yang dimainkan oleh Malaysia. Dan mereka pastinya menurunkan pasukan terbaik menentang Thailand.”

Selain dariapada Yeyen, beliau turut ditemani oleh Joko Susilo dan Alan Haviludin, dalam usaha mengumpul data dan diserahkan kepada ketua jurulatih.

Mereka yakin, sudah dapat mengumpul maklumat taktikal pasukan Harimau Malaya.

Selain daripada menghantar pemerhati ke perlawanan Malaysia, pasukan Indonesia turut melakukan persiapan awal di Kuala Lumpur.

Antaranya dengan mengadakan perlawanan pemanas badan dengan pasukan PKNS B-21 pada Khamis lalu.

Indonesia mahu memecahkan kebuntuan mereka di dalam kempen kali ini. Hal ini kerana, dalam kumpulan G, hanya Indonesia sahaja yang belum mengutip sebarang mata.

Mereka tewas kesemua 4 aksi sebelum ini, menjadikan mereka kekal dengan kosong mata setakat ini. Mereka hanya menjaringkan 3 gol dan bolos sebanyak 14 kali – paling teruk di dalam kumpulan G.

Perlawanan pada Selasa akan datang pastinya ditunggu-tunggu kerana ia melibatkan seteru paling panas di Nusantara.

Dalam perlawanan pertama, Malaysia telah menggegar Stadion Gelora Bung Karno dengan kemenangan 3-2 sekaligus membuatkan penyokong Indonesia menjadi tidak keruan.