Selepas Dikecewakan Kedah, Flumen Holdings Mahu Miliki Langkawi City FC?

Kerjasama Semuanya BOLA

Langkawi City FC

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini dunia bola sepak

Sebelum ini, bola sepak Malaysia digegarkan dengan berita cubaan Flumen Holdings untuk mengambil alih Kedah Darul Aman (KDA).

Namun begitu, diatas beberapa sebab proses ambil alih itu tidak berjaya dan Flumen menarik diri daripada rundingan.

Kini, terdapat desas-desus yang mengatakan Flumen belum lagi mengalah untuk meninggalkan legasi mereka dalam bola sepak.

Dikhabarkan Flumen ketika ini berminat untuk mengambil alih sebuah kelab Liga M3 iaitu Langkawi City FC (LCFC).

Perkara ini masih lagi belum melihatkan usaha konkrit Flumen untuk mengambil alih LCFC. Namun terdapat minat ditunjukkan oleh mereka dengan pasukan tersebut.

Perbincangan ketika ini masih lagi sedang dijalankan dengan bukan Flumen sahaja yang berminat dengan LCFC.

Terdapat juga beberapa potensi pelabur yang dilihat berminat untuk mengambil alih LCFC termasuklah usahawan tempatan dari Langkawi sendiri serta ahli perniagaan luar negara.

Akan tetapi, identiti mereka belum lagi didedahkan buat masa sekarang.

Potensi LCFC untuk memperoleh pelabur baharu adalah tinggi dengan minat yang tinggi ditonjolkan oleh rakyat tempatan serta luar negara terhadap pasukan.

Didukung kuat oleh Tun Mahathir

Apa yang menarik mengenai pasukan LCFC ini adalah faktor sokongan yang dimiliki pasukan tersebut.

Hal ini kerana, pasukan ini menerima satu dukungan yang kuat menerusi mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir yang merupakan Ahli Parlimen Langkawi merupakan penaung bagi LCFC dan ianya adalah satu-satunya kelab bola sepak yang disertai beliau secara langsung.

Menurut tinjauan kami di Instagram, bahagian following di IG Mahathir hanya mengikuti akaun LCFC sahaja untuk kelab bola sepak. Selain itu adalah akaun orang persendirian seperti artis Neelofa dan Aizat Amdan.

Langkawi City FC

Dukungan Mahathir terhadap LCFC mampu melonjak nama pasukan tersebut dek kerana faktor beliau sebagai negarawan ulung serta dikenali di serata dunia.

Jadi tidak hairanlah kenapa ramai pelabur berminat untuk mengambil alih pasukan ini.

Selain itu, nilai pasukan yang menjadi satu-satunya kelab bola sepak yang berpengkalan di kepulauan di Malaysia serta status Langkawi sendiri sebagai kawasan tumpuan pelancongan jelas sekali menarik minat ramai pelabur untuk melabur pada pasukan ini.

LCFC merupakan satu-satunya kelab yang berasaskan kepulauan di Malaysia. Kelab ini berakar umbi dari Glory United yang mengubah pangakalan mereka dari Selangor ke Kedah.

Rekod yang dimiliki oleh pasukan ini dalam Liga Malaysia juga baik dengan mereka sudah aktif menyertai saingan Liga M4, Liga M3 serta Piala FA selama 3 tahun sejak 2018.

Baca juga artikel kami mengenai bola sepak Malaysia:

Senarai Perbuatan FAM & MFL Yang Boleh Buat Penyokong Muak

Kehadiran Guilherme De Paula Diharap Dapat Bantu Skuad Kebangsaan

Barathkumar Belum Puas Dengan 4 Gol, Tekad Bantu Negeri Sembilan Kembali Ke Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply