Selepas Dapatkan Arthur, Juventus Kekalkan Dua ‘Otai’ Buffon, Chiellini

Juventus Buffon Chiellini Arthur

Dua pemain veteren, penjaga gol, Gianluigi Buffon dan pertahanan Giorgio Chiellini telah bersetuju untuk memperbaharui kontrak bersama Juventus untuk setahun lagi, dua hari sebelum kontrak mereka bersama pendahulu Serie A itu tamat pada hujung bulan ini.

Buffon kembali ke kelab Old Lady pada 2019 selepas menyertai Paris Saint-Germain (PSG) selama semusim dan akan berusia 43 tahun apabila kontraknya tamat tahun depan, sementara Chiellini pula telah terlepas sebahagian besar musim ini akibat kecederaan.

Buffon telah pun membuat lebih 500 penampilan Serie A bersama Juventus sejak menyertai pasukan berkenaan pada 2001. Debut profesionalnya adalah ketika bersama Parma pada 1995.

“Superman akan terus ‘terbang’ bersama Juventus. Super Gigi telah membuktikan umur hanyalah sekadar angka. Kapten Chiellini juga akan menyambung kontraknya untuk setahun lagi,” ujar kelab tersebut dalam akaun Twitter.

Dalam perkembangan lain, Juventus turut mengesahkan penjualan pemain tengah, Simone Muratore kepada Atalanta dengan nilai €7 juta.

Juara Itali itu juga telah sah berjaya mendapatkan Arthur Melo dari Barcelona dengan harga €72 juta dan boleh meningkat kepada €82 juta mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui. Pemain tengah Brazil itu telah menandatangani kontrak selama 5 tahun sehinga Jun 2025.

Juventus kini dalam landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan Serie A selepas mendahului denga empat mata ketika saingan berbaki 10 perlawanan.

Kredit Foto: Juventus

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Juventus:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram