Selepas Barcelona, Kini PSG Pula Mahukan Aubameyang Ganti Cavani

Penyerang sensasi Uruguay, Edinson Cavani sudah memberitahu PSG bahawa beliau mahu pindah ke kelab lain. Sambil Cavani merasakan masa 7 musim di PSG adalah cukup bagi beliau mencari cabaran baharu di tempat lain.

Atletico Madrid adalah kelab yang sangat berminat dengan Cavani dan pemain itu turut berminat mahu menyertai Diego Simeone.

Malang sekali PSG enggan melepaskan pemain itu ke Atletico kerana bayaran yang ditawarkan kepada mereka terlalu rendah.

Cavani masih ada enam bulan lagi dalam kontrak beliau, dan sudah mahu berpindah segera pada Januari ini. Selain daripada Atletico, pasukan Chelsea juga berminat dengan Cavani namun pemain itu meletakkan syarat berbeza kepada Chelsea.

Beliau mahukan gaji lebih besar dan bayaran signing fee yang lebih tinggi. Diaporkan Cavani meminta gaji sekitar £350,000 daripada Chelsea.

PSG kini menjadikan kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang sebagai sasaran utama mereka untuk mengisi pemergian Cavani.

Beberapa hari lalu, Barcelona turut menunjukkan minat mahukan Aubameyang untuk menggantikan kehilangan Luis Suarez yang berehat panjang.

Selain daripada Aubameyang, Barcelona turut cuba untuk memancing Lautaro Martinez.

Barcelona tewas 2-0 di tangan Valencia semalam. Dan jelas sekali mereka memerlukan no.9 seperti Aubameyang di hadapan.

Mereka berjaya mendapatkan Antoine Griezmann, namun pemain itu masih belum dapat menunjukkan kehebatan beliau sebagai penyerang no.9. Beliau lebih efektif di peranan penyerang sokongan.

Aubameyang terus menjadi bakat yang paling penting dalam pasukan Arsenal. Malah Mikel Arteta buat masa ini tidak mahu melayan sebarang cubaan kelab lain mahukan pemain itu.

Arteta menganggap Aubameyang sebagai pemain utama di dalam projek pembinaan Arsenal yang baharu di Emirates.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram