Selepas Arsenal Teruk Dibelasah City, Guardiola Kata Silap Besar Jika Arteta Dipecat

Pep Guardiola Mikel Arteta City Arsenal

Pep Guardiola menyatakan Arsenal membuat ‘kesilapan besar’ sekiranya mengambil keputusan untuk memecat Mikel Arteta daripada jawatan jurulatih kelab utara London tersebut.

Kenyataan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi di media sosial kerana ia dikeluarkan selepas Arsenal teruk dibelasah Manchester City 4-1 dalam perlawanan suku akhir Piala Carabao pada Selasa.

Skuad kendalian Arteta itu gagal mencatat kemenangan dalam lapan perlawananan terakhir peringkat domestik di saingan liga dan piala.

“Saya sangat yakin mereka akan terus memberi kepercayaan kepadanya,” ujar Guardiola mempertahankan bekas pembantunya itu.

Arteta meninggalkan City kira-kira setahun lalu untuk kembali ke Arsenal bagi menggantikan Unai Emery yang dipecat dan telah menghadiahkan kejuaraan Piala FA pada penghujung musim lepas.

Pada awal musim ini, The Gunners turut cemerlang menewaskan juara EPL Liverpool untuk menjulang Perisai Komuniti.

Semua pihak pada awalnya menjangkakan pasukan itu akan bangkit menjadi salah satu pencabar kejuaraan selepas hanya menamatkan saingan di tangga kelapan liga untuk musim lepas.

Namun sebaliknya yang berlaku apabila mereka hanya mengumpul 14 mata sahaja setakat ini setelah tewas lapan daripada 14 perlawanan liga selain hanya menjaringkan 12 gol berbanding dibolosi sebanyak 18 kali.

Satu-satunya pencapaian yang agak melegakan adalah kejayaan mara ke pusingan 32 pasukan terakhir untuk kejohanan Liga Europa (UEL).

Guardiola menegaskan Arteta memerlukan masa lebih panjang untuk membina pasukannya dan ianya tidak akan hadir dalam masa singkat.

“Mereka melakukan kesilapan besar sekiranya terfikir untuk menyingkirkannya. Saya tahu kredibilitinya sebagai individu dan lebih-lebih lagi sebagai pengurus, bagaimana dia terlibat dalam setiap perkara,” tambah Guardiola lagi.

“Bila sepak Inggeris berubah dengan pantas walaupun hanya dalam seminggu. Saya boleh katakan pengalaman saya bersamanya. Tanpa dia, City tidak mampu berada di tahap ini.”

Kebanyakan penyokong Arsenal kini telah mula berpatah arang dengan Arteta dan mahu pihak pengurusan mencari pengganti yang sesuai untuk mengembalikan kegemilangan pasukan tersebut.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Arsenal:

Mikel Arteta Dedah Arsenal Akan Dapatkan Pemain Baharu

David Seaman: Arsenal Perlu Dapatkan Dana Cari Pemain Lebih Berkualiti

Mampukah Arsenal Kekal Di EPL Musim Ini?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply