Selepas 7 Tahun Bersama, Heimir Hallgrimson Tinggalkan Pasukan Iceland

Ketua jurulatih Iceland, Heimir Hallgrimsson meletakkan jawatan beliau selepas berjaya membuat debut bersama negaranya di Piala Dunia 2018.

Beliau sudah berkhidmat dalam pasukan kebangsaan Iceland selama 7 tahun dan membantu negara tersebut menjadi negara terkecil pernah beraksi dalam Piala Dunia.

Antara aksi yang diingati pastinya ketika mengikat Messi dan rakan-rakannya 1-1 dalam perlawanan kumpulan D. Penjaga gol Iceland, Hannes Halldorsson turut menafikan penalti Lionel Messi.

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 16: Hannes Halldorsson of Iceland saves a penalty from Lionel Messi of Argentina during the 2018 FIFA World Cup Russia group D match between Argentina and Iceland at Spartak Stadium on June 16, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Dalam satu kenyataan ringkas FA Iceland menerusi twitter mereka, kenyataan berbunyi:

“FA Iceland kini boleh mengesahkan yang Heimir Hallgrímsson tidak akan meneruskan tugasan beliau sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak lelaki Iceland.”

“Hallgrimson meletakkan jawatan sebagai jurulatih Iceland atas permintaan beliau sendiri selepas 7 tahun bertugas sejak 2011.”

Hallgrimson yang juga merupakan doktor gigi bertauliah menyatakan beliau mahu mencari cabaran baru di dalam karier beliau.

Hallgrimson mungkin ada menerima tawaran daripada tempat lain tetapi beliau tidak ada menceritakan apa-apa tentang itu.

Hallgrimson mengambil alih dengan sangat baik daripada Lars Lagerback selepas kejayaan Iceland mara sehingga ke suku akhir Euro 2018 dengan kemenangan bersejarah menewaskan England di peringkat 16 akhir ketika itu.

Hallgrimson menjadi pembantu Lagerback dan diakui oleh Lagerback memainkan peranan sangat penting, beliau melakukan tugasan beliau ketika itu sebaik mungkin.

Lagerback memberikan sokongan kepada Hallgrimson untuk menggalas tugasan ketua jurulatih Iceland. Dan beliau membalasnya dengan membawa negaranya mara ke Piala Dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN