Selangor Positif Hadapi Musim Baharu Walaupun Pra-Musim Singkat

Selangor FC

Liga Malaysia kini telah mendapat lampu hijau dari kerajaan Malaysia untuk dilangsungkan dengan kaedah gelembung sukan.

Walaupun ianya nampak baik di atas kertas, akan tetapi ianya sedikit menyukarkan kesemua pasukan bertanding kerana pra-musim yang singkat.

Begitulah yang dirasakan oleh pengendali Selangor, Karsten Neitzel, yang kekal positif dengan persediaan pasukan walaupun masa pra-musim tidak panjang.

Rasa positif itu hadir selepas beliau meneliti setiap strategi yang digunakan untuk mencapai hasil yang maksima daripada sesi latihan yang dijalankan.

“Setiap jurulatih perlu merancang sesi latihan dengan cermat dan teliti supaya pemain akan mendapatkan hasil yang maksima.”

“Tetapi, kami juga perlu pastikan yang mereka tidak akan menghadapi kecederaan,” kata Nietzel menerusi laman Selangor FC.

Selangor FC
GAMBAR: Selangor FC

Neitzel mengakui yang pada mulanya perasaan beliau bercampur-baur kerana tempoh singkat pra-musim ini.

Namun, beliau memilih untuk kekal positif dan terus memastikan pasukan berada dalam keadaan yang terbaik.

Selangor mengambil pendekatan dengan menyediakan modul latihan individu untuk setiap pemain selain daripada mengadakan sesi latihan yang dipantau menerusi aplikasi Zoom.

Selain itu, mereka juga mengadakan sesi perbincangan video berkenaan taktikal untuk memahami dengan lebih jelas corak permainan pasukan.

Kerajaan Malaysia menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan sukan profesional seperti bola sepak dan sepak takraw dijalankan menerusi pelaksanaan SOP yang ketat.

Liga Malaysia 2021 bakal bermula pada Mac ini.

Baca juga artikel kami mengenai Selangor FC:

‘Masa Persediaan Tak Cukup’ – Jurulatih Selangor Karsten Neitzel Harap Liga-M Ditangguh Sedikit Lagi

Selangor Jadi Destinasi Pertama Oliver Buff Di Asia

Perbandingan Head-to-Head Pusat Latihan JDT Dengan Selangor

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN