Selangor Jadi Destinasi Pertama Oliver Buff Di Asia

Kerjasama Semuanya BOLA

Oliver Buff

Selangor hari ini telah mengumumkan perpindahan pemain tengah baharu mereka iaitu Oliver Buff yang berasal dari Switzerland.

Buff yang beraksi di bahagian tengah menjadi tambahan terkini Selangor dari sudut kouta pemain asing dalam misi mereka untuk mencabar kejuaraan Liga Super 2021.

Untuk rekod, Buff yang pernah beraksi dengan pasukan ulung Switzerland iaitu FC Zurich dan juga Real Zaragoza di Sepanyol menjadikan Selangor sebagai pasukan pertama beliau di Asia.

Menurut Selangor FC, Buff merupakan sasaran yang sudah lama disasarkan oleh pengendali mereka iaitu Karsten Neitzel sejak beliau berada di Jerman lagi.

“Sebelum ini saya pernah cuba untuk membawa Oliver Buff ke pasukan lama saya di Jerman namun tidak berjaya. Sejak daripada itu, saya mengikuti perkembangannya.”

Neitzel menganggap Buff sebagai pemain yang mempunyai kebolehan membaca permainan serta tenang ketika beraksi. Oleh itu, beliau berharap yang terbaik dihasil oleh pemain itu serta menjadi suri teladan kepada bintang muda Gergasi Merah.

Buff dilihat sebagai pemain yang bakal menjadi teraju utama Selangor mengikutkan kepada pengalaman luasnya yang pernah beraksi dalam kejohanan bola sepak utama dunia.

Beliau pernah mewakili Switzerland di peringkat remaja serta beraksi di Sukan Olimpik 2012 disamping Diego Benaglio, Timm Klose serta Xavier Hochsrasser.

Selain itu, Buff juga pernah beraksi di Europa League bersama-sama Zaragoza dan Zurich serta pernah menjulang Piala Switzerland bersama-sama kelab tersebut.

Baca juga artikel kami mengenai Selangor FC:

RASMI: Shahrel Fikri Sah Bergelar Pemain Baharu Selangor FC

CIMB Liga Super 2020: Terengganu FC Bangkit Ikat Selangor (semuanyabola.com)

Slot Ke Liga Juara-Juara Asia Atau Piala AFC Jadi Sasaran Selangor Musim Depan (semuanyabola.com)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

One Comment

Leave a Reply