Selangor Intai Khidmat ‘Ronaldo’ Korea Utara, Han Kwang-song? Boleh Ambil Atau Tak?

Kerjasama Semuanya BOLA

Han Kwang-song Selangor Juventus

Korea Utara pun ada Ronaldo tau! Dan Selangor dikatakan sedang merisik untuk membawa Han Kwang-song beraksi bersama mereka pada musim hadapan.

Adakah seseorang daripada Korea Utara dibenarkan untuk bermain atau mencari makan di Malaysia? Seperti yang semua sedia maklum, hubungan diplomatik antara kedua-dua negara agak tegang pada 2017 selepas kematian Kim Jong Nam, abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, di Kuala Lumpur pada Februari.

Sebelum itu, hubungan antara Malaysia dan Korea Utara boleh kita katakan tiada masalah. Dan terdapat warga Korea Utara yang dibenarkan bekerja di Malaysia, terutama dalam sektor perlombongan arang batu dan pembinaan di Sarawak.

Walaubagaimanapun, selepas kes pembunuhan tersebut, Malaysia menghentikan pengambilan buruh daripada negara tersebut. Dan menurut bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sekitar 2014, hanya Sarawak mempunyai pekerja daripada negara itu dan ianya tidak dibenarkan di Semenanjung.

Han Kwang-song sememangnya pemain yang berbakat, malah pernah beraksi di Serie A, B dan C di Itali bersama Cagliari, Perugia dan juga Juventus. Cuma ketika bersama Juventus, beliau lebih banyak diturunkan bersama skuad B-23. Kini berusia 22 tahun, Kwang-song telah dijual Juventus kepada kelab di Liga Qatar, Al-Duhail.

Beraksi baik bersama Al-Duhail sehingga pada satu ketika beliau dibanding dengan penampilan Mario Mandzukic bersama kelab tersebut iaitu beliau berjaya meledak tiga gol dalam lima penampilan pertamanya sedangkan Mandzukic, pemain ternama Eropah gagal meledak sebarang gol dalam lima aksi pertamanya di Al-Duhail.

Akhirnya, Al-Duhail dikenakan tekanan berikutan melanggar arahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melarang mengambil individu daripada Korea Utara dan sejak Ogos, pemain tersebut tersisih daripada skuad tersebut.

Menjawab kepada khabar Han Kwang-song, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar dipetik berkata yang sememangnya mereka sedang mengintai pemain-pemain daripada Korea Selatan dan Korea Utara.

Katanya sambil menegaskan tiada makluman mengenai larangan sebegitu, “Ketika ini kami belum lagi ada keputusan untuk mengambil pemain import musim hadapan, namun boleh mengesahkan ada merisik pemain daripada kedua-dua negara itu.”

KREDIT FEATURED IMAGE: THE SPORTS ROOM

Baca lagi artikel mengenai Selangor dan Korea Utara:

Nick Swirad, Khyril Muhymeen Antara 5 Pemain Yang Digugurkan Selangor?

Rahsia Malaysia Ada Dalam Poket Kami – Jurulatih Korea Utara

AFC: Tak Jadi Final Piala AFC Di Korea Utara Kerana Banyak Kekangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply