Selangor FA Sahkan Ketibaan Penjaga Gol Sebagai Pemain Terbaru Ke-4 Musim 2020

Tiga pemain baharu telah diumumkan oleh Selangor FA sebelum ini iaitu pemain  penyerang, Nor Hakim Hassan; pemain tengah, Brendan Gan; dan pemain pertahanan, Rodney Celvin.

Nor Hakim dan Brendan sebelum ini beraksi bersama Perak, manakala Rodney adalah pemain PKNS FC pada musim lalu.

Semalam, Selangor FA mengumumkan ketibaan seorang lagi pemain daripada PKNS FC, iaitu Taufiq Ar Rasyid Johar.

Tauffiq Ar Rasyid Johar Perkuatkan Red Giants

Penjaga gol muda PKNS, Tauffiq Ar Rasyid Johar kini sah menjadi pemain…

Posted by FA Selangor on Sunday, December 8, 2019

Penjaga gol berusia 25 tahun itu akan adalah produk bola sepak PKNS FC, dan sebelum ini turut beraksi untuk pasukan belia dan Piala Presiden skuad The Red Ants.

Mempunyai ketinggian 1.86 meter, kehadiran Taufiq dijangka akan mencabar kedudukan Khairul Azhan dan Farizal Harun untuk merebut tempat di dalam skuad kendalian B. Satiananthan.

Aksi Taufiq bersama PKNS FC menentang Selangor pada 2018. Foto: Berita Harian.

Berusia 23 tahun, Taufiq sebelum ini memainkan peranan sebagai penjaga gol kedua di belakang Zarif Irfan ketika bersama PKNS FC pada musim lalu.

Malah pada musim lalu, Taufiq beraksi dalam dua perlawanan, iaitu ketika tewas 2-1 kepada JDT di Larkin, dan tampil sebagai pemain gantian kepada Zarif ketika tewas 2-3 kepada Selangor di Shah Alam.

Dua penampilan taufiq tersebut adalah di saingan Liga Super.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN