Selangor FA Perkenal Program Local Giants Untuk Tarik Penaja Tempatan

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) memperkenalkan satu program baharu untuk menarik minat penajaan dari kalangan syarikat-syarikat tempatan dari dalam negeri dan seluruh Malaysia.

Program yang dikenali sebagai Program Local Giants itu memberi peluang kepada usahawan dan jenama-jenama tempatan untuk menjadi sebahagian dari Red Hiants dengan pakej penajaan serendah RM10,000.

Idea memperkenalkan program tersebut diinspirasikan oleh kelab kelab divisyen 2 Jepun, Fagiano Okayama ketika berkunjung ke persatuan tersebut pada Oktober lalu.

“Sewaktu perjumpaan FA Selangor dengan Fagiano Okayama, kami telah berkongsi pelbagai perkara dan bertukar-tukar pandangan.

Namun, apa yang menarik minat kami adalah bagaimana kelab tersebut mampu menarik lebih 700 jenama dan syarikat yang terdiri daripada masyarakat setempat dalam masa yang singkat sebagai penaja,” jelas Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Hamidun seperti yang dipetik dari laman sesawang persatuan tersebut.

“Di Jepun, banyak syarikat tempatan yang menjadi penaja kepada kelab bola sepak mereka.

“Syarikat-syarikat ini merasa mereka bertanggungjawab untuk sama-sama memberikan sumbangan demi menaikkan pasukan bola sepak mereka – biarpun dengan nilai serendah USD3000.”

“Model penajaan berskala kecil inilah yang kami di FA Selangor ingin laksanakan di sini untuk musim 2020.

“Kami ingin membuka pintu dan mengalu-alukan penglibatan syarikat-syarikat tempatan bersaiz sederhana dan kecil untuk bersama-sama membangunkan Red Giants menjadi pasukan yang digeruni di Malaysia dan peringkat antarabangsa,” tambah beliau lagi.

Antara faedah yang akan dinikmati oleh penaja yang menyertai program “Local Giants” ini adalah peletakan jenama mereka di barangan cenderahati rasmi Selangor, selain daripada networking session khas untuk pemain-pemain industri.

Penaja juga akan turut akan dijemput untuk majlis makan malam istimewa bersama presiden FAS, DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Sebuah tugu khas juga bakal didirikan di perkarangan Stadium Shah Alam dengan jenama-jenama penaja turut disemadikan bersama sebagai tanda penghargaan.

Untuk sebarang info dan pertanyaan mengenai program, pihak yang berminat boleh menghubungi wakil FAS, Encik Faruk Fadzil ([email protected]) atau Encik Chan Zhe Sheng ([email protected]) melalui e-mel.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN