Selangor FA Paksa Bayar Pampasan RM300,000 Kepada Penganjur Di China

Akibat menarik diri pada saat akhir dari pertandingan Piala Meizhou Hakka, Stadium Astro semalam melaporkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) perlu membayar pampasan berjumlah RM300,000 kepada pihak penganjur.

Pertandingan yang akan berlangsung di China itu dijadualkan bermula semalam sehingga Selasa hadapan.

Menurut kenyataan rasmi FA Selangor, keputusan tersebut diambil selepas mendapat khidmat nasihat daripada beberapa sumber.

“Wabak koronavirus merupakan punca utama mengapa keputusan berat ini perlu diambil untuk memastikan keselamatan pemain pegawai pasukan untuk mengelakkan ianya merebak kepada ahli keluarga mereka di Malaysia.”

“Pihak Selangor memohon maaf kepada penganjur kejohanan iaitu Meizhou Hakka FC dan akan cuba untuk menyelesaikan hal ini semampu kami,” ujar kenyataan tersebut sebelum ini.

Mengenai jumlah pampasan RM300,000 yang perlu dibayar oleh Selangor sebagai pampasan, Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidum berkata ianya adalah kebajikan pemain dan pegawai yang harus menjadi keutamaan.

“RM300,000 mungkin jumlah yang telah mereka telah belanjakan daripada segi penerbangan dan semua kemudahan. Tiket juga telah jual. Kesan memang agak besar terhadap kewangan kami tetapi kebajikan pemain paling utama,” kata Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon.

“Perkara ini berlaku pada saat-saat akhir. Penyakit ini baru muncul, sebelum ini hanya wabak Influenza, sebab itu kami terpaksa buat keputusan drastik,” tambah Dr. Johan.

Meizhou, bandar dimana kejohanan pra musim itu berlangsung terletak kira-kira 100 kilometer sahaja dari Wuhan. Dua lagi pasukan jemputan iaitu Sangju Sangmu dari Korea Selatan dan kelab dari Thailand, Chonburi FC, tetap meneruskan penyertaan dalam kejohanan itu.


Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN