Selangor Buru Beberapa Pemain Berkualiti Termasuk Posisi Bek Kiri

MFL

The Star melaporkan, pengendali Gergasi Merah, B. Satiananthan menyatakan Selangor ketika ini sedang memburu pemain-pemain berkualiti untuk beberapa posisi iaitu pertahanan tengah, bek kiri, pemain tengah dan pemain sayap untuk musim hadapan.

Menurutnya, apa yang telah dipamerkan pada musim 2019 jelas menunjukkan kekurangan kualiti pemain di posisi tersebut dan pada pandangannya, ia telah menjejaskan prestasi keseluruhan Selangor dalam Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia.

Begitupun, ia bukanlah musim yang terlalu mengecewakan buat Selangor apabila meraih kedudukan ketiga liga, menjadi semifinalis Piala Malaysia namun tersingkir di pusingan ketiga Piala FA.

“Melihatkan prestasi kita dalam saingan liga dan kejohanan kalah mati musim ini, bahagian teknikal pasukan merasakan terdapat beberapa posisi yang perlu diperkuatkan. Kita sedang mencari dalam empat atau lima pemain baharu,” ujar B. Satiananthan.

“Posisi yang kita sedang pantau ketika ini adalah pertahanan tengah, bek kiri, pemain tengah dan pemain sayap. Kita perlukan pemain yang berkualiti di posisi tersebut,” tambahnya lagi.

Berdasarkan beberapa pengumuman pemain yang kekal bersama Gergasi Merah, jelas sekali Selangor sudah mula mengorak langkah memburu pemain-pemain baharu dan hanya menanti masa untuk diumumkan oleh pengurusan – mungkin dalam masa terdekat ini.

Bersama pemain yang kekal, rekrut baharu nanti diharapkan akan melonjak prestasi pasukan bagi bersaing lebih baik dan sekurang-kurangnya mungkin meraih piala atau kejuaraan musim 2020.

Antara pemain yang telah diumumkan kekal bersama Selangor adalah Khairulazhan Khalid, Taylor Regan, K. Sarkunan dan Syazwan Zainon. Sementara itu, B. Satiananthan turut memaklumkan dua pemain import dilepaskan iaitu Michal Nguyen dan Endrick Santos.

Dan para penyokong Selangor pastinya sudah tidak sabar untuk melihat gandingan penjaring terbanyak pasukan musim 2018 dan 2019, Rufino Segovia dan Ifedayo Olusegun di jentera serangan.

Musim ini, Ifedayo Olusegun meledak 16 gol sementara Rufino Segovia pula menyumbang 31 gol pada 2018. Dengan Sandro akan bergerak di belakang mereka, Selangor mungkin akan lebih tajam.

Menurut pengendali berusia 61 tahun itu lagi, posisi bek sayap akan diberikan lebih tumpuan kerana dalam sesetengah perlawanan, posisi tersebut dilihat mudah untuk dirobek.

Kredit Featured Image: FA Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN