Selangkah Ke Semi-Final, Ini 5 Perkara Dari Kejayaan Man Utd Tewaskan Granada

Manchester United menang mudah ke atas wakil Sepanyol, Granada dalam perlawanan Europa League pada awal pagi tadi. Beraksi di Estadio Nuevo Los Carmenes, anak buah Ole Gunnar Solksjaer menjaringkan dua gol di tempat lawan untuk kemenangan 2-0.

Berikut adalah lima perkara dari kemenangan tersebut yang perlu kita tahu.

Perjudian Ole berhasil

Ramai juga yang seperti mempersoalkan barisan kesebelasan utama selepas melihat nama Marcus Rashford turut berada di dalam senarai.

Rashford sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Brighton pada hujung minggu lalu sehingga membuatkan pemain itu direhatkan dari menghadiri latihan pada Selasa.

Perlawanan ini adalah penampilan ke-60 Marcus Rashford bersama Manchester United sejak 12 bulan lalu, dan yang ke-47 pada musim ini. Angka ini jelas menyatakan jumlah perlawanan yang banyak dan membebankan.

Namun demikian perjudian Ole Gunnar Solksjaer kali ini berbaloi apabila Rashford mengejar hantaran jauh Victor Lindeloff dan menjaringkan gol ke-20 beliau pada musim ini.

Hantaran cantik Lindeloff

Sebenarnya ia bukan menghairankan untuk melihat Lindeloff berkemampuan melakukan hantaran berkualiti – yang memberikan gol Rashford.

Lindeloff juga adalah seorang ball-playing centre back. Namun hantaran sebegitu pasti membuat rakan sepasukan yang lain terutama Bruno Fernandes bangga,

Robbie Keane yang mengulas bersama BT Sport turut melabel hantaran tersebut sebagai amat cantik sekali.

Bantuan gol ini adalah yang kedua dari Lindeloff pada musim ini. Angka tersebut hanya kurang satu berbanding Pogba dan lebih banyak daripada apa yang dihasilkan Fred pada musim ini.

David de Gea tetap ‘steady’

Walaupun tidak beraksi beberapa perlawanan kerana diberikan cuti rehat khas selepas isterinya bersalin, David de Gea tidak menunjukkan sebarang indikasi dirinya telah berkarat.

Penampilan terakhir De Gea bersama Man Utd sebelum ini ialah ketika berhadpan Chelsea pada 1 Mac lalu.

Penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu bagaimanapun beraksi dengan cemerlang dalam perlawanan ini dan tidak menghiraukan langsung mengenai gosip luar padang yang mengatakan beliau akan digantikand dengan Dean Henderson pada musim hadapan.

Berdasarkan kemampuan beliau dalam perlawanan ini, Solksjaer dijangka akan mengekalkan De Gea dalam perlawanan timbal balik di Old Trafford pada minggu hadapan.

next week.

Pergantungan pemain

Alex Telles dimasukkan selepas waktur rehat oleh Manchester United bertujuan merehatkan Luke Shaw untuk perlawanan menentang Tottenham pada hujung minggu ini.

Pertukaran tersebut turut dilihat sebagai persediaan oleh Man Utd yang akan beraksi tanpa Shaw pada minggu hadapan selepas pemain antarabangsa England itu menjalani pergantungan akibat layangan kad kuning dalam perlawanan pagi tadi.

Di sinilah kekuaran utama Man Utd, iaitu squad depth yang seimbang. Telles mampu menawarkan lebih sebagai seorang pengganti untuk Solksjaer.

Ketiadaan Harry Maguire akibat masalah yang sama mungkin lebih menjejaskan benteng Man Utd. Ini juga bermakna Solksjaer akan memulakan Alex Tuanzebe buat kali pertama selepas kali terakhir pemain itu tampil ketika kekalahan kepada Sheffield United pada Januari.

Solksjaer turut akan hilang khidmat Scott McTominay, tetapi Nemanja Matic atau Fred sedia mengisi kekosongan tersebut.

Selangkah ke separuh akhir

Walaupun menang mudah, ia bukannya permainan yang cukup meyakinkan ditampilkan oleh anak buah Solskjaer. Granada pula tampil dalam perlawanan ini bertujuan menyukarkan Man Utd bermain corak permainan biasa yang mereka tampilkan.

Beberapa kekasaran seperti sengaja dilakukan untuk mengganggu rentak permainan Man Utd. Namun demikian ia tidak cukup untuk menghalang Man Utd kembali dengan kelebihan dua gol.

Man Utd masih perlu berhati-hati dalam perlawanan di Old Trafford pada minggu hadapan. Mereka juga harus tampil lebih baik dalam perlawanan seterusnya.

Fernandes berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada babak akhir perlawanan. Jaringan tersebut memberikan kelegaan kepada kem Man Utd. Kedudukan 1-0 sentiasa tidak selamat. Kedudukan 2-0 sekurang-kurangnya memberikan lebih banyak ruang untuk bernafas.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Europa League:

Solskjaer: Ini Sebab Saya Tak Buat Substitution Sehingga Minit ke-87

Konflik Armenia-Azerbaijan Yang Memberi Kesan Kepada Mkhitaryan Dan Bola Sepak

Liechtenstein: Ahli Tunggal UEFA Tiada Liga Sendiri Kerana Tak Cukup Syarat

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN