Quantcast

BERITA KAJIAN & FAKTA

Selain Robin, Batman Juga Memanggil Peguam Untuk Tewaskan Valencia.

otros-aticulos_246571

Valencia bakal bertarung dengan BATMAN dalam soal hakcipta dan plagiat. Sumber: blogocio.net

Sedang Valencia bertungkus lumus berusaha untuk menerajui takhta liga Sepanyol di belakang Real Madrid dan Barca,  kini mereka berhadapan dengan satu lagi pencabar baru yang tak pernah mereka hadapi sebelum ini – BATMAN. Ye betul, anda tak salah baca. Valencia bakal bertarung dengan BATMAN.

Hal ini kerana DC Comics, pemilik kepada jenama BATMAN dikatakan dalam proses mengeluarkan saman terhadap Valencia kerana mendakwa logo baharu kelab bola sepak itu menciplak logo kelawar Batman.

 

Reka bentuk logo baru Valencia dikatakan meniru rekabentuk logo BATMAN. Sumber gambar: bleacherreport.com

Reka bentuk logo baru Valencia dikatakan meniru rekabentuk logo BATMAN.
Sumber gambar: bleacherreport.com

 

Apa kata kami? Tentulah kedua-duanya sama kerana kedua-duanya adalah KELAWAR! Yang lebih menarik, dakwaan pihak DC Comics sebenarnya tidak begitu berasas kerana kelab Valencia telahpun menggunakan logo tersebut semenjak penubuhannya pada tahun 1919,manakala komik Batman yang pertama hanya dikeluarkan pada tahun 1940.

 

Evolusi logo BATMAN dari tahun 1940 hingga yang terkini. Sumber: bleacherreport.com

Evolusi logo BATMAN dari tahun 1940 hingga yang terkini.
Sumber: bleacherreport.com

 

Walaupun demikian, dakwaan pihak DC Comics juga berasas- lihat saja logo BATMAN ciptaan Terry McGinnis untuk siri BATMAN BEYOND- ia amat nyata persamaannya. Cuma dari segi warna saja yang berbeza.

 

Tiru atau kebetulan? Ciri yang sangat sangat serupa bagi logo BATMAN ciptaan McGinnic. Sumber grafik: comicbook.com

Tiru atau kebetulan? Ciri yang sangat sangat serupa bagi logo BATMAN ciptaan McGinnic dengan logo terbaru Valencia.
Sumber grafik: comicbook.com

 

Akhir kata, dua-dua pihak punyai sebab yang jelas untuk mempertahankan hak masing-masing. Jadi, adakah pihak Valencia perlu memanggil seorang supervillain untuk berhadapan dengan Batman? Mungkin superhero dari MARVEL akan datang membantu Valencia?

Hanya waktu yang akan menentukan.

Apa kata korang? Sila komen dibawah.

 

TRIVIA: Peguam yang dipilih sebagai pendakwaraya oleh DC Comic dalam kes ini adalah peguam yang bertanggung jawab dalam mengendalikan kes saman Arsenal terhadap sebuah kedai menjual topi di Sepanyol pada tahun 2011. Dalam kes itu, Arsenal mahu nama kedai topi tersebut- Arsenale , ditukar kerana mirip kepada nama jenama Arsenal.

 

Arsenale- nama yang diclaim oleh Arsenal terhadap sebuah kedai topi kerdil di Sepanyol.  Sumber foto: metro.co.uk

Arsenale- nama yang diclaim oleh Arsenal terhadap sebuah kedai topi kerdil di Sepanyol.
Sumber foto: metro.co.uk

 

Pemilik kedai topi berkenaan, Simon sebenarnya menamakan kedainya dengan nama Arsenale kerana nama itu digelar kepada pekerja limbungan kapal di Pisa dan Venice. Kedai beliau juga terletak di Arenal de Sevilla, Sevilla dimana letaknya limbungan-limbungan kapal zaman dahulu kala.

Dan dalam kes tersebut, Arsenal telah menang dan Simon terpaksa menukar nama kedai beliau.