Seharusnya Perlawanan Ini Dah Berakhir Di Babak Pertama Lagi, Keluh Nafuzi Zain

David da Silva Ryuji Utomo Terengganu Penang nafuzi zain

Berdepan Penang FC yang beraksi 10 pemain hampir 80 minit permainan, Terengganu FC gagal memanfaatkannya dan ini yang dikeluhkan oleh pengendali mereka, Nafuzi Zain dalam sidang media.

Menurutnya, Sang Penyu seharusnya menamatkan perlawanan lebih selesa di depan terutamanya di babak pertama apabila memiliki deretan peluang namun telah disia-siakan oleh jentera serangan mereka.

Nafuzi Zain sekali lagi menaruh kepercayaannya kepada David da Silva untuk mengetuai jentera serangan, namun penyerang itu gagal meledak sebarang gol, ditambah lagi penalti yang gagal disempurnakannya.

Bercakap tentang David da Silva yang gagal menyerlah membantu mereka untuk memenangi perlawanan terakhir liga malam tadi, ujar Nafuzi Zain, “Saya menganalisis keseluruhan dan memikirkan apa yang terbaik.”

“Bagi saya, David da Silva adalah tanggungjawab saya. Saya yang mengambil dia. Jadi saya kena berlaku adil terhadapnya, kena bagi peluang kepadanya. Dan musim ini dah berakhir, kita boleh analisa prestasinya. Setakat ini, mungkin kita boleh pertimbangkan pemain-pemain lain daripada skuad simpanan,” jelasnya.

Itu adalah bagi menjawab persoalan adakah David da Silva akan dipertaruhkan lagi untuk Piala Malaysia?

Melihatkan reaksinya itu, mungkin beliau akan menyenaraikan Jordan Mintah pula dalam Piala Malaysia.

Bercakap tentang perlawanan malam tadi, Nafuzi Zain berkata, “Saya rasa kita melepaskan peluang terbesar malam ini. Sepatutnya di babak pertama lagi kita sudah tamatkan perlawanan ini [dengan kemenangan].”

“Peluang kita banyak di babak pertama dengan lawan bermain 10 orang, tetapi keadaan sebaliknya berlaku. Walaupun lawan main 10 orang, Terengganu yang tertekan. Kita tidak bermain yang sepatutnya kita main.

“Kita melepaskan peluang, tentunya saya kecewa. Semua kecewa. Sebab kita berpeluang untuk menang. Bagi saya, saya berbangga dengan pemain sepanjang musim ini. Mereka telah berikan yang terbaik,” ujarnya.

Kegagalan David da Silva menyempurnakan penalti ditebus kapten, Argzim Redzovic dengan gol tandukan menerusi sepakan penjuru yang diambil oleh Lee Tuck pada minit ke-25 untuk Sang Penyu mendahului aksi.

Lima minit menuju penamat babak pertama, dua penyerang import, Sheriddin Boboev dan Casagrande berjaya membantu Penang FC bangkit serta mendahului perlawanan sehingga berakhirnya babak pertama.

Minit ke-40, bermula dengan hantaran jauh ditanduk oleh Casagrande ke depan gawang dan disambut dengan rembatan deras Sheriddin Boboev untuk jaringan penyamaan sebelum Casagrande muncul dengan jaringan tandukkan di penghujung babak pertama menerusi sepakan percuma Endrick dos Santos.

Walaupun Terengganu memperbaiki permainan di babak kedua, namun kekentalan tuan rumah bertahan menyaksikan mereka gagal meledak gol sehingga Lee Tuck muncul sebagai penyelamat di minit ke-80.

Terengganu menamatkan Liga Super 2021 di kedudukan ke-4 dengan 38 mata, tiga mata di belakang Penang FC dan hanya dipisahkan dua mata dengan Selangor FC yang mujur tidak memintas mereka di saat akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN