Second City Derby, Perseteruan ‘Besar’ Yang Kian Dilupakan

Di England, sebenarnya wujud terlalu banyak pertemuan setempat (derbi). Tetapi peminat bola sepak dunia lebih mengenali derbi London, Liverpool dan Manchester. Maklumlah, kelab itu antara kelab terkemuka di planet ini.

Pada malam ini, akan berlangsung pertemuan setempat Birmingham di antara Birmingham City menentang Aston Villa di St. Andrews.

bp1445060

Tumpuan pastinya terarah kepada Steve Bruce, pengurus Aston Villa sekarang yang pernah bersama-sama dengan Birmingham sebagai pemain dan juga pengurus.

Steve membawa pernah membawa Birmingham City menaiki divisyen dari Championship ke EPL. The Blues dua kali memenangi divisyen Championship pada 2002 dan 2007.

Kali terakhir The Blues bertemu Villa di laman sendiri adalah pada perlawanan Premier League musim 2010-11. Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.

Pada perlawanan malam ini, pihak polis Kontinjen Midlands Barat mengumumkan kapasiti penonton bakal dikurangkan daripada 30,016 kepada 25,000.

astonvillavbirminghamcitypremierleagueoalzm2vs2apl

Pada hari perlawanan derbi ini, biasanya anggota polis dilarang untuk mengambil cuti untuk memastikan cukup petugas keselamatan untuk mengawal ketika hari perlawanan ini.

villa2

Pastinya ramai yang masih ingat ketika Alex McLeish dikecam kerana menerima jawatan pengurus Villa selepas meninggalkan Blues yang tersingkir ke Liga Championship.

Sehingga ke hari ini peminat Birmingham sukar memaafkan Alex meskipun beliau pernang membawa kelab itu menjulang Piala Liga pada 2011.

Anehnya, kali terakhir Villa memenangi trofi ialah pada 1995-96, juga Piala Liga. Tetapi berbeza dengan Blues, Aston Villa memiliki satu kejuaraan Eropah yakni Liga Juara-Juara yang mereka julang pada musim 1981/82.

Ramai pasti tertanya, kenapa derbi ini disebut Second City Derby? Sebenarnya Birmingham merupakan bandar kedua terpenting di England. Di sini jugalah 2 kelab ini berpangkalan.

Cuma kini, popularitinya lebih rendah berbanding Manchester dan Liverpool. Status bandar kedua penting di England ini kian terhakis daripada mulut masyarakat.

Dalam konteks bola sepak,  ramai peminat bola sepak di luar England  tidak tahu akan derbi ini. Ramai juga mencadangkan agar status Second City Derby diberikan kepada pertarungan di bandar Liverpool atau Manchester.

Siapakah yang akan memenangi derbi panas ini pada malam ini?

Baca juga : Mengenang Memori Derbi Barat Laut Bersama Gary Neville Dan Jamie Carragher

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN