Sebuah Kelab Liga Super Sedang Berbincang Bersama Sri Pahang Tentang Sumareh

Mohamadou Sumareh Police Tero 2020

Baru-baru ini dikhabarkan yang bekas pemain Sri Pahang FC, Mohamadou Sumareh ‘hilang’ lagi, namun selepas semakan, beliau tampak masih berada di Thailand.

Hasil perkongsiannya dan juga rakan senegara, Dominic Tan yang merupakan pemain di Police Tero di InstaStory melihatkan keberadaannya di sana. Cerita kehilangannya dilihat bermula daripada laporan Goal Thailand mengenai kontraknya yang dikatakan tidak dilanjutkan oleh kelab yang bersaing di Thai League 1 tersebut.

Ia menimbulkan situasi kurang enak seakan-akan Sumareh sekali lagi membuat isu tidak sepatutnya sebagaimana yang berlaku sebelum ini di Sri Pahang FC.

Kesnya bersama Sri Pahang tampaknya masih berlarutan dan sedang berada di tangan Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) untuk ditentukan keputusannya.

Seorang wartawan dan pundit bola sepak, Craig Morraies telah memuat naik satu ciapan di Twitternya seperti menjawab kepada situasi berkaitan Sumareh yang semakin ‘kusut’? Katanya, “Untuk rekod, sejak dari awal, dia [Sumareh] di Thailand hanyalah untuk sementara, untuk mendapatkan semula tahap kecergasannya.”

Jadi, ini menjawab kepada mengapa kontraknya tidak dilanjutkan. Ia memang sejak awal ditakdirkan begitu. Sumareh pun sudah sedia maklum mengenainya.

Sambungan kepada kenyataan Craig Morraies, “[Untuk dapat kecergasannya] dalam misi untuk kembali ke Liga Malaysia. Perbincangan nampak positif dan masih berlangsung antara Pahang dan sebuah pasukan di Liga Super.”

Di sini timbul persoalan mengenai pasukan manakah yang sedang mengintai khidmat pemain naturalisasi pertama negara ini. Dan mengapa perbincangan untuk mendapatkan Sumareh memerlukan persetujuan daripada Sri Pahang lagi, sedangkan pemain sayap tersebut bukan lagi pemain untuk pasukan tersebut?

Difahamkan, Police Tero memang sedia maklum mengenai situasi ini dan ini sangat menjelaskan mengapa Sumareh jarang mendapat tempat untuk aksi sebenar.

Sejak berada di Thai League bermula September lalu, Sumareh hanya tampil dalam empat perlawanan dengan hanya merekodkan 111 minit permainan sahaja.

Katanya lagi ketika menjawab kepada persoalan mengapa Sri Pahang terlibat dalam perbincangan untuk membawa pulang Sumareh, “Dia bukan lagi pemain Pahang, tetapi disebabkan rasa hormat, kelab yang berminat itu telah menghubungi Pahang.”

Jadi, adakah pembaca sudah mendapat gambaran berdasarkan ‘hint’ tersebut? Ia menuju kepada jawapan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini.

Bercakap dalam sebuah rancangan terbitan Astro Arena, [email protected], Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) ada menyatakan, “Jika Sumareh nak balik saya kena berbual dengan Pahang dulu. Saya pun tadi sudah tanya Tengku Muda Pahang [TMP]. Kalau dia bersetuju saya akan teruskan. Jika dia tak setuju saya tak buat apa-apa.

“Saya minta hormat, minta restu dari dia [TMP] kalau boleh atau tidak,” jelas TMJ.

KREDIT FEATURED IMAGE: POLICE TERO FC

Baca lagi artikel lain mengenai Mohamadou Sumareh dan Sri Pahang:

Benarkah Mohamadou Sumareh ‘Hilangkan Diri’ Seperti Di Pahang?

Selangor Sahkan Tak Berminat Dapatkan Mohammadou Sumareh

Sri Pahang Bawa Masuk Zarif Irfan Sebagai Pencabar Helmi Eliza?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply