SCL2019: Terrence Buat Kuala Selangor Batu Dua FC Tersenyum

Kuala Selangor Batu Dua FC

Jaringan lewat permainan oleh Terrence telah menghadiahkan tiga mata penuh buat Kuala Selangor Batu Dua FC selepas berjaya menundukkan SA PIB FC 1-0 pada aksi kumpulan A Selangor Champions League 2019 (SCL2019) yang berlangsung di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Corak permainan menyerang diterapkan Kuala Selangor Batu Dua FC dan SA PIB FC sebaik sahaja aksi dimulakan, namun penyudah kurang berkesan menggagalkan usaha keras kedua-dua pasukan.

Penyerang utama PIB FC, Mamadou Berete terlebih dahulu menguji gawang lawan tetapi sepakan percuma yang diambilnya dalam jarak kira-kira 25 meter sedikit melewati palang gol Kuala Selangor Batu Dua FC pada minit ke-14.

Seminit kemudian, giliran skuad Batu Dua FC pula memberikan ancaman menerusi Terrence yang mengawal bola dengan baik sekaligus mengatasi kawalan dua pemain pertahanan. Bagaimanapun, percubaan leretnya berjaya dikuis keluar pertahanan PIB FC.

Terrence sekali lagi menjadi igauan buat pasukan lawan selepas sepakan percuma yang diambil gagal ditangkap kemas penjaga gol, Izzat Abd Rahim tetapi tandukan susulan dilakukan Jegatheswaran pula tersasar.

Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan babak kedua, Terrence muncul wira buat Kuala Selangor Batu Dua FC apabila beliau dengan tenang menyempurnakan peluang dalam kawasan penalti hasil umpanan lambung cantik dilakukan Steven Raj.

Jaringan tersebut sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan kedua berturut-turut buat skuad yang berpangkalan di Kuala Selangor itu.

Pemain terbaik perlawanan: Terrence (Kuala Selangor Batu Dua FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN