SCL2019: SA PIB FC & Puchong Fuerza FC Terus Catat Keputusan Seri

PIB FC

Keputusan seri terus dicatatkan SA PIB FC dan Puchong Fuerza Gamestop FC apabila terikat 1-1 pada aksi kumpulan A Selangor Champions League 2019 (SCL2019) yang berlangsung di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Puchong Fuerza Gamestop yang merupakan juara bertahan mempamerkan corak permainan garang pada separuh masa pertama.

Mohammad Alif Romli mensia-siakan peluang terbaik seawal minit keempat apabila beliau yang tidak dikawal pertahanan PIB FC di dalam kawasan penalti hanya melepaskan rembatan melewati palang gol.

Puchong Fuerza kemudiannya berjaya memperoleh jaringan yang diharapkan selepas Muhammad Asnan menyempurnakan peluang hasil lorongan dalam kawasan penalti lawan pada minit ke-15.

Skrip berbeza berlaku pada 35 minit seterusnya dengan SA PIB FC memperkemaskan aksi sekaligus memberikan tekanan buat skuad bimbingan Nazrulerwan Makmor itu.

PIB FC hanya memerlukan dua minit selepas aksi bersambung apabila Shahrul Amin menanduk masuk bola hasil hantaran lintang dilancarkan Ahmad Qushairi.

Aksi selepas itu berlangsung dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan serta suhu permainan sedikit panas dengan beberapa kekasaran yang dilakukan pemain tanpa sebarang tambahan jaringan dapat disaksikan.

Pemain terbaik perlawanan: Shahrul Amin (SA PIB FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN