SCL2019: SA Klasiko FC & MPKJ FC Terikat Tanpa Jaringan

SA Klasiko FC

MPKJ FC dan SA Klasiko FC terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila terikat tanpa jaringan pada aksi kumpulan B Selangor Champions League 2019 (SCL2019) yang berlangsung di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Keputusan tersebut juga sekaligus meleburkan rekod kemenangan bersih buat MPKJ FC yang sebelum ini menikmati rentetan tiga perlawanan berturut-turut.

Meskipun mempamerkan corak permainan menghiburkan dengan kedua-dua pasukan saling menyerang ke kubu lawan masing-masing tetapi penyudah tumpul nyata menghampakan.

Pertahanan SA Klasiko FC, Muhd Faiq Muhd Shah bertindak cemerlang apabila beliau dua kali berjaya menyelamatkan keadaan di atas garisan gol.

Keputusan tanpa jaringan itu bagaimanapun tidak menggugat kedudukan MPKJ FC untuk terus berada di tangga teratas saingan kumpulan B selepas mengumpul 10 mata manakala SA Klasiko FC mengekori rapat di tempat kedua dengan tujuh mata.

Pemain terbaik perlawanan: Mohd Hafizi Hamdan (SA Klasiko FC)

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN