SCL2019: SA Klasiko FC Berpesta Jaringan Tundukkan SLB UP FC

Iklan

Klasiko FC

SA Klasiko FC mempamerkan belang sebenar selepas berjaya membelasah SLB UP FC 5-0 pada aksi minggu kedua [hari kedua] saingan Selangor Champions League 2019 (SCL2019) yang berlangsung di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Selepas dikejutkan Belia Selangor pada aksi minggu lalu, SA Klasiko FC tampil dengan lebih meyakinan dalam usaha mereka meraih tiga mata penuh.

Pemain sayap kanan SA Klasiko FC, Amir Safuan Badeli menjadi duri dalam daging buat SLB UP FC pada perlawanan ini berikutan kelincahan yang dipamerkan.

‘Hujan’ serangan yang dilancarkan SA Klasiko FC sejak dari awal permainan membuahkan hasil pada minit kelapan setelah Wong Kah Heng menyempurnakan peluang dalam kawasan penalti hasil hantaran lintang dari Amir Safuan.

Kedudukan berubah pada minit ke-19 apabila Nabilah Khan yang berjaya melepasi perangkap ofsaid sekaligus melepaskan rembatan tepat untuk gol kedua buat SA Klasiko FC.

SLB UP FC berpeluang mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-55 tetapi sepakan penalti yang diambil Zameer Zainun berjaya dinafikan penjaga gol gantian, Fo Eugene.

Lima minit terakhir permainan nyata menjadi milik SA Klasiko FC walaupun SLB UP FC berusaha keras untuk memberikan saingan dengan tiga jaringan lagi berjaya ditambah menerusi Azmir Samsudin (minit ke-65), Wong Kah Heng (minit ke-68) dan Zarif Azhar pada masa kecederaan.

Pemain terbaik perlawanan: Amir Safuan Badeli (SA Klasiko FC)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram