SCL2019: Layangan Dua Kad Merah Cemari Aksi Cyberjaya Teleflow & Bangi Jang’s Trooper

Kerjasama Semuanya BOLA

Cyberjaya Teleflow

Cyberjaya Teleflow FC dan Bangi Jang’s Trooper menamatkan saingan minggu ketiga dengan berkongsi satu mata selepas terikat tanpa jaringan pada aksi kumpulan A Selangor Champions League 2019 (SCL2019) sebentar tadi.

Meskipun tiada jaringan dapat dihasilkan, perlawanan di Arena MPSJ itu masih berlangsung dengan cukup menarik apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Penyerang Cyberjaya Teleflow FC, Ibrahim Syaihul pastinya menjadi pemain yang paling kecewa pada perlawanan ini kerana beliau terlepas lebih daripada lima peluang dimilikinya.

Jaringan bekas pemain Kuala Lumpur itu pada minit kesembilan juga dibatalkan selepas Ibrahim terlebih dahulu dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Ketika perlawanan menghampiri penghujung, insiden tegang berlaku memaksa pengadil melayangkan kad merah kepada pemain kedua-dua pasukan, Ibrahim Aziz dan Syazwan Nordin.

Selesai minggu ketiga, Cyberjaya Teleflow FC menghuni tangga ketiga kumpulan A dengan lima mata hasil satu kemenangan dan dua keputusan seri manakala Bangi Jang’s Trooper di tangga keenam dengan dua mata.

Pemain terbaik perlawanan: Muhammad Zailan Ikmar (Bangi Jang’s Trooper)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram