SCL2019: Kuala Selangor Batu Dua FC Tambah Duka SA AZE FC

Kuala Selangor Batu Dua FC

Kuala Selangor Batu Dua FC meneruskan rentetan kekalahan buat SA AZE FC selepas menundukkan  lawan dari Shah Alam tersebut dengan keputusan 2-0 pada aksi pertama minggu kelima saingan Selangor Champions League 2019 (SCL2019) di Arena MPSJ, Subang Jaya petang semalam.

Ia menyaksikan SA AZE FC mencatatkan kekalahan kelima berturut-turut manakala Kuala Selangor Batu Dua FC pula meraih kemenangan ketiga daripada lima perlawanan yang dilalui.

Aksi pada 35 minit pertama menyaksikan tiada jaringan dapat dihasilkan walaupun Kuala Selangor Batu Dua FC lebih menguasai permainan dan turut menjelmakan peluang ke arah gawang SA AZE FC yang dikawal Nik Najmee.

Segalanya berubah pada minit ke-55 selepas Naven A/L Devarajoo menyudahkan dengan mudah peluang yang berpunca daripada gerakan dari sebelah kiri pintu gol SA AZE FC oleh Firdaus Selvam bagi membuka tirai jaringan.

Jaringan tersebut nyata meningkatkan moral para pemain Kuala Selangor Batu Dua FC dan Naven sekali lagi cemerlang bagi melebarkan kedudukan pada minit ke-67.

Naven melepaskan rembatan kaki kiri dari luar kawasan penalti yang sedikit terbias terkena pertahanan lalu berjaya menewaskan Nik Najmee.

Dengan kemenangan ini, Kuala Selangor Batu Dua FC menduduki tangga teratas kumpulan A buat seketika dengan 10 mata.

Kedudukan itu akan terancam sekiranya pendahulu sebelum ini, Kingstown Klang FC menundukkan Gombak RRM FC Unlimited malam ini. SA AZE FC pula terus berada di dasar liga tanpa sebarang mata.

Pemain terbaik perlawanan: Naven A/L Devarajoo (Kuala Selangor Batu Dua FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN