SCL2019: Kingstown Klang FC Tundukkan SA Klasiko FC 3-1, Tempah Slot Ke Final

Kingstown Klang FC

Kingstown Klang FC di landasan tepat untuk memburu kejuaraan Selangor Champions League 2019 (SCL2019) setelah kemenangan 3-1 yang dicatatkan ke atas SA Klasiko FC membawa kelab tersebut ke perlawanan akhir.

Dibarisi barisan pemain yang berpengalaman luas dalam kancah bola sepak tempatan, Kingstown Klang dilihat memiliki kelebihan berbanding SA Klasiko.

Meskipun tidak diberikan laluan mudah oleh SA Klasiko, Kingstown Klang berjaya menyerap tekanan yang diterima pada 20 minit pertama.

Segalanya berubah pada minit ke-22 apabila Azidan Sarudin yang tidak dikawal pemain pertahanan SA Klasiko FC membuka tirai jaringan menerusi tandukan hasil situasi sepakan penjuru.

Kingstown Klang FC hanya memerlukan seminit untuk melebarkan kedudukan selepas Fakhrurazi Musa menolak masuk bola susulan hantaran lintang dilakukan Rudie Ramli dari sebelah kiri pintu gol SA Klasiko FC.

Pemain sayap lincah, Shah Azmal Ekmal Saleh menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-44 selepas beliau menyempurnakan peluang yang dimiliki dalam kawasan penalti.

Tersentak dengan tiga jaringan itu, SA Klasiko FC dilihat berusaha keras untuk merapatkan defisit jaringan tersebut dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-50.

Berpunca daripada larian deras Shafiq Izzat dari sebelah kiri pintu gol Kingstown FC terus mencari Ammar Anuwar yang kemudiannya tenang menolak masuk bola bagi menewaskan penjaga gol, Muhammad Izzudin.

Kedudukan 3-1 itu kekal hingga tamat permainan untuk memastikan Kingstown Klang FC menempah slot ke perlawanan akhir bagi menanti pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara MBSA FC dan Kuala Selangor Batu Dua FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN