SCL2019: Hatrik Kwofie Bantu Puchong Fuerza Gamestop Kecewakan Kuala Selangor Batu Dua FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Kwofie

Puchong Fuerza Gamestop mencatatkan kemenangan bergaya dalam saingan kumpulan A Selangor Champions League 2019 (SCL2019) minggu keempat selepas berjaya menundukkan Kuala Selangor Batu Dua FC 4-0 pada aksi yang berlangsung di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Kwofie Hans terus membuktikan kualiti hebatnya setelah penyerang kelahiran Ghana itu meledakkan hatrik sekaligus mengumpul lima jaringan setakat ini.

Puchong Fuerza Gamestop membuka tirai jaringan pada minit-23 selepas Muhammad Asnan yang mendapat lorongan baik daripada Zahrin Ismail, tidak mensia-sia peluang di hadapan gol untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Sabri Muhammad.

Berselang empat minit kemudian, Kwofie Hans melebarkan kedudukan hasil rembatan dalam kawasan penalti susulan kesilapan Mohd Sabri yang gagal menangkap kemas hantaran jauh daripada Zahrin.

Kuala Selangor Batu Dua FC yang turut menjelmakan beberapa serangan serangan berbahaya kecewa apabila gagal menyempurnakan peluang terhidang.

Kwofie terus menjadi masalah buat pasukan lawan apabila hantaran dari sebelah kiri pintu gol Batu Dua FC oleh Mohammad Alif Romli disudahkan dengan baik bagi menjadikan kedudukan 3-0.

Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Kwofie melengkapkan hari gemilang buat Puchong Fuerza Gamestop  dengan ledakan hatrik untuk kemenangan kedua buat juara bertahan tersebut.

Pemain terbaik perlawanan: Kwofie Hans (Puchong Fuerza Gametop)