SCL2019: Gombak RRM FC Unlimited ‘Dibaham’ Puchong Fuerza Gamestop FC

Puchong Fuerza Gamestop FC

Puchong Fuerza Gamestop FC terus mempamerkan kejaguhan apabila membelasah Gombak RRM FC Unlimited 6-1 pada aksi minggu terakhir saingan peringkat kumpulan Selangor Champions League 2019 (SCL2019) di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Kemenangan besar itu juga berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang tujuh perlawanan yang dilalui juara bertahan tersebut sekaligus unggul berada di persada kumpulan A.

Hakim Zainal pantas memberikan kelebihan buat Puchong Fuerza Gamestop FC setelah mudah menyempurnakan sepakan penalti yang minit ketiga berikutan kekasaran pertahanan Gombak RRM FC Unlimited terhadap Dirga Surdi.

Kelincahan Dirga nyata memberikan kesukaran buat pertahanan Gombak RRM FC Unlimited pada perlawanan ini. Beliau kemudiannya menjadikan kedudukan 2-0 menerusi gerakan solo dan kemudiannya melepaskan rembatan yang gagal dihalang penjaga gol, Azudin Iskandar pada minit ke-13.

Berselang tiga minit kemudian, Hazrin Jamil mudah menolak masuk hantaran lintang dilakukan Dzaiddin Zainudin bagi melebarkan kedudukan buat skuad bimbingan Nazrulerwan Makmor itu.

Belum sempat Gombak RRM FC Unlimited memperkemaskan aksi, Muhammad Asnan Awal Hisham menambah jaringan keempat susulan kesilapan pemain lawan yang menghantar bola kepadanya.

Bekas pemain UiTM FC itu tidak melepaskan peluang untuk meledakkan rembatan pada minit ke-18 bagi menceriakan penyokong Puchong Fuerza FC yang hadir.

Ketika aksi babak pertama berbaki lima minit untuk ditamatkan, giliran Haikal Mat Radzi pula meletakkan nama selaku penjaring buat pasukan yang turut beraksi dalam saingan Liga M3 pada musim ini.

Gombak RRM FC Unlimited yang sudah pun terkeluar daripada persaingan merebut tempat ke suku akhir berjaya juga mendapatkan jaringan saguhati pada minit ke-43 apabila Amin Asraf melakukan percubaan lambung ketika Zahrin Ismail melakukan tolakan lemah ke belakang dalam usahanya untuk memberikan bola kepada penjaga gol, Redzuan Harun.

Penjaring terbanyak Puchong Fuerza FC, Kwofie Hans melengkapkan kemenangan bergaya  pasukannya dengan jaringan keenam pada minit ke-54.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN