SCL2019: Cyberjaya Teleflow FC Catat Kemenangan Selesa Keatas SA AZE FC

Cyberjaya Teleflow FC merakam kemenangan sulung pada aksi kumpulan A Selangor Champions League 2019 (SCL2019) selepas berjaya menundukkan SA AZE FC 3-0 di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Sekadar meraih satu mata pada aksi minggu pertama minggu lalu, Teleflow FC dilihat mempamerkan corak permainan menyerang sejak dari awal permainan.

Penguasaan itu membuahkan hasil pada minit ke-14 berikutan kesilapan penjaga gol SA AZE FC, Nik Najmee Nik Hussin dan kesempatan tersebut digunakan sepenuhnya oleh Muhammad Salihan Jamil untuk membuka tirai jaringan.

Pemain sayap kanan, Lucky Ugo hampir menggandakan kedudukan pada minit ke-26 tetapi tandukannya hanya singgah di palang gol pasukan SA AZE FC.

Berselang empat minit kemudian, Mohd Fairuz Abdul Aziz berjaya membolosi gawang SA AZE FC, namun beliau terlebih dahulu dikesan ofsaid ketika situasi sepakan percuma.

SA AZE FC memperkemaskan aksi pada babak kedua bagi memberikan saingan dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-47 menerusi Sherif Ahmed Moustafa. Rembatan padu dari jarak jauh diledakkannya bagaimanapun berjaya dihalang penjaga gol, Muhammad Nadzir Mohd.

Sedar tekanan yang diberikan lawan, Cyberjaya Teleflow FC berjaya melebarkan kedudukan menerusi Amirul Yamin pada minit ke-51.

Jaringan tersebut berpunca daripada serangan balas pantas dimulakan Muhammed Jawo yang melorongkan bola kepada Amirul dan seterusnya tidak berdepan masalah menjadikan kedudukan 2-0.

Ketika perlawanan semakin menghampiri penghujung, pertahanan SA AZE FC, Fakhrul Razi Yaakub tertampan bola ke dalam pintu gol sendiri dalam usahanya mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Pemain terbaik perlawanan: Hakeem Badri Mohd Fuad (Cyberjaya Teleflow FC)

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN