SCL2019: Bukit Kapar FC Hidupkan Peluang Ke Suku Akhir Selepas Tundukkan SLB UP FC

Bukit Kapar FC

Kemenangan berharga 3-1 ke atas SLB UP FC pada aksi minggu keenam saingan kumpulan B Selangor Champions League 2019, sebentar tadi telah menghidupkan sisa peluang buat Bukit Kapar FC untuk merebut tempat ke peringkat suku akhir.

Mempamerkan corak permainan menyerang sejak dari awal permainan, Bukit Kapar FC yang diperkuatkan bekas pemain Liga Super Selangor, Fitri Shazwan nyata sukar digugat para pemain SLB UP FC.

Penyerang sensasi Bukit Kapar FC, Mohamad Firdaus Musa membuka tirai jaringan pada minit ke-16 selepas sepakan ‘placing’ dalam kawasan penalti lawan berjaya menewaskan penjaga gol, Rashidy Raji.

Gol tersebut merupakan jaringan keenam peribadi buat Firdaus Musa sepanjang enam perlawanan yang dilaluinya dalam kempen SCL2019 setakat ini.

Dua minit kemudian, Bukit Kapar FC terus bernafsu bagi menambah jaringan tetapi rembatan padu dari jarak jauh diledakkan Muhammad Dzulfahmie ditepis keluar Rashidy.

Radzi Pilus turut terlepas peluang keemasan apabila percubaan ‘bicycle kick’ hasil sepakan penjuru pada minit ke-33 sedikit melewati palang gol.

Memasuki babak kedua, Bukit Kapar FC terus tampil dengan garang dan berjaya menambah jaringan kedua pada minit ke-47 menerusi Fitri Shazwan.

Hanya selepas dua minit jaringan kedua terhasil, permainan ‘satu dua’ cantik bersama Firdaus Musa tidak disia-siakan Hariz Saim bagi mengukuhkan kedudukan buat Bukit Kapar FC.

SLB UP FC yang sudah terkeluar daripada persaingan untuk ke suku akhir akhirnya berjaya mendapatkan jaringan saguhati di minit ke-63 menerusi Muhd Haikal untuk keputusan tamat memihak Bukit Kapar dengan keputusan 3-1.

Pemain terbaik perlawanan: Mohamad Firdaus Musa (Bukit Kapar FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN