SCL2018: Sepakan Penalti Lewat Permainan Bantu Klang Valley United Ikat Cheras Raptors

Klang Valley United

Jaringan sepakan penalti pada lewat permainan menyelamatkan Klang Valley United dari menerima kekalahan apabila berjaya mengikat Cheras Raptors 2-2 pada perlawanan di Arena MPSJ, malam tadi.

Separuh masa pertama

Cheras Raptors yang dibarisi pemain yang pernah beraksi dalam saingan Liga Super, Irfan Ghani tersentak seawal minit ke-3 selepas pemain pertahanan, Syahlan Zakaria tertolak bola masuk ke gawang sendiri.

Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang menghiburkan dengan gerakan-gerakan yang dicipta seringkali mengancam kubu lawan masing-masing.

Zakwan Azizuddin (jersi hitam) berusaha keras bagi mengawal bola dari dirampas Fadhullah Rawi.

Peluang Cheras Raptors bagi menyamakan kedudukan menjelma pada minit ke-30 selepas Anuar Hashim yang menerima hantaran jauh dari rakan sepasukan, hanya menanduk sipi bola ke kiri pintu gol Klang Valley United.

Kesilapan yang dilakukan Syahlan itu memisahkan kedua-dua pasukan sehingga tamat babak pertama.

Separuh masa kedua

Perlawanan bersambung memperlihatkan aksi yang lebih menarik ditampilkan apabila tiga jaringan berjaya dihasilkan serta dua sepakan penalti turut diberikan pengadil perlawanan.

Cheras Raptors menyamakan kedudukan pada minit ke-43 selepas Hamad Mabkhot menjaringkan gol cantik menerusi sepakan percuma yang terus menewaskan penjaga gol Klang Valley United, Mitchell Gilbert.

Amares Singh menambah jaringan buat Cheras Raptors selepas beliau menanduk masuk bola hasil sepakan percuma yang diambil Hamad pada minit ke-62.

Amares Singh meraikan jaringan bersama Hamad Mabkhot.

Fadhullah Rawi hampir melebarkan kedudukan buat Raptors, namun sepakan penalti yang diambil berjaya dinafikan Mitchell.

Ketika perlawanan semakin menghampiri penghujung, Azim Johar melakukan kesilapan apabila mengasari pemain Klang Valley United dalam kotak penalti.

Azim dilayangkan kad merah dan keadaan lebih sulit buat mereka apabila sepakan penalti dihadiahkan kepada Klang Valley United.

Azeez Yakeem Yemi yang mengambil sepakan tersebut dengan tenang menyempurnakan peluang yang terhidang bagi kembali menyamakan kedudukan.

Ternyata perlawanan yang melibatkan kedua-dua pasukan begitu menarik dan diharapkan ia menjadi permulaan yang positif buat Selangor Champions League 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN