SCL2018: Puchong Fuerza FC Leburkan Rekod Tanpa Kalah Klang Southern FC

Puchong Fuerza FC

Puchong Fuerza mengekalkan momentum kemenangan selepas berjaya menundukkan Klang Southern FC 2-0 dalam saingan kumpulan A Selangor Champions League 2018 di Arena MPSJ, Subang Jaya, sebentar tadi.

Klang Southern FC bermula baik pada 10 minit awal dengan menampilkan corak permainan kemas serta menguji gawang Puchong Fuerza FC yang dikawal Gabriel Alloysius.

Bagaimanapun, Gabriel lebih tangkas menafikan percubaan sepakan percuma daripada Jeremy Matthew Danker pada minit ke-7.

Puchong Fuerza FC kembali memperkemaskan aksi mereka dengan melancarkan serangan pantas terutamanya menerusi pemain sayap kanan lincah, Haikal Mat Radzi.

Pada minit ke-26, Haikal yang mendapat hantaran cantik daripada Hakim Zainal, melakukan sepakan lambung yang berjaya dihalang penjaga gol Klang Southern FC, Alif Daniel.

Percubaan susulan yang dilakukannya menerusi satu sAepakan gunting juga gagal menemui sentuhan jaringan.

Aksi babak pertama jelas menghiburkan dengan gerakan-gerakan pantas yang diperagakan kedua-dua pasukan.

Ketika perlawanan di separuh masa pertama seperti akan berkesudahan dengan tanpa jaringan, Haikal menceriakan kem Puchong Fuerza selepas beliau berjaya menguis tandukan Al Amin Abdullah untuk membuka tirai jaringan.

Pengendali Klang Southern FC, Gan Chee Lim terpaksa membuat pertukaran taktikal pada babak kedua apabila meletakkan pemain pertahanan kental, Uche George di bahagian serangan untuk memburu jaringan penyamaan.

Dalam pada itu, Puchong Fuerza FC semakin bernafsu untuk melebarkan kedudukan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Klang Southern FC.

Zulkefli Baharuddin hampir menambah jaringan buat Puchong Fuerza selepas rembatan dari luar kawasan penalti diledakkan pada minit ke-54 sekadar terkena palang gol ketika Alif Daniel sudah pun tertewas.

Usaha berterusan Puchong Fuerza FC akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-66 apabila Hakim Zainal yang meluru pantas ke dalam kawasan penalti melepaskan rembatan yang menjadikan kedudukan 2-0.

Kemenangan ini memberikan makna yang cukup besar buat Puchong Fuerza setelah mereka berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Klang Southern FC selepas lima perlawanan.

Skuad bimbingan Nazrulerwan Makmor itu juga cemerlang meraih kemenangan ketiga berturut-turut untuk meraih 9 mata, satu mata dihadapan Klang Southern FC.

Pemain terbaik perlawanan: Al Amin Abdullah (Puchong Fuerza FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN