SCL2018: Penyudah Tumpul Kecewakan Klang Southern FC & Banting Naga FC

Klang Southern FC

Klang Southern FC dan Banting Naga FC ketandusan jaringan selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Klang Southern FC yang turun selaku pendahulu kumpulan A terlebih dahulu mengasak ke kubu lawan pada minit ke-8 selepas gerakan dari sebelah kanan pintu gol Banting Naga FC gagal disudahkan dengan baik oleh Shahrul Afif Shaharuddin.

Selepas itu, aksi sedikit hambar dipamerkan kedua-dua pasukan walaupun terdapat beberapa gerakan serta serangan yang berjaya dicipta pada babak pertama.

Skuad yang dibimbing Gan Chee Lim itu memperkemaskan aksi di separuh masa kedua dengan mendominasi aksi dalam usaha memburu jaringan.

Jeremy Matthew Danker terlepas peluang keemasan pada minit ke-39 selepas beliau yang tidak dikawal dalam situasi sepakan penjuru, menanduk lemah bola walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol Banting Naga FC, Okebaram Promise.

Penjaga gol dari Nigeria itu terus bertindak cemerlang selepas menafikan percubaan leret dari Shahrul Afif pada minit ke-53 dan tandukan hasil sepakan penjuru yang dilakukan Okechukwu Uche George seminit kemudian.

Banting Naga FC yang sesekali memberikan ancaman terhadap Klang Southern FC hampir di hadapan pada minit ke-64, namun percubaan P. Saravana Kumar ketika pintu gol Klang Southern FC sudah terbuka luas berjaya dihalang Uche George.

Ketika Klang Southern FC tampak semakin mengendurkan asakan pada lewat permainan, Banting Naga FC pula melancarkan beberapa serangan berbahaya.

Bagaimanapun serangan yang dicipta masih gagal memecah kebuntuan untuk kedudukan tanpa jaringan terikat sehingga tamat permainan.

Pemain terbaik perlawanan: Okechukwu Uche George (Klang Southern FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN